~Sama-sama renungi kata-kata ini~
خيار هذه الامة لا تشغلهم اخرتهم عن دنياهم ولا دنياهم عن اخرتهم
Sebaik-baik ummat ini ialah mereka tidak terganggu akhirat mereka dari dunia mereka, dan tidak pula terganggu dunia mereka dengan akhirat mereka.
Demikianlah, kata-kata dari seorang ulama' bernama Harith al-Muhasabi (*), lafaz yang sangat ringkas tapi bagi ana, lafaz ini benar2 menyentuh jiwa. Bahkan ia seolah-olah menyuntik sedikit keazaman dalam diri untuk lebih thabit dalam agama Allah. Ana mengambil contoh yang paling mudah. Bukanlah mudah bagi kita untuk khusyuk dalam solat dengan hanya tujuan dan fokus utama hanyalah kepada Allah, tuhan yang Maha Agung. Seringkali kita didatangi gangguan2 dan bisikan syaiton untuk memikirkan hal-hal dunia dalam solat. Haa..time ni juga la otak akan sibuk berfikir itu dan ini. Makanya merujuk kepada kata-kata di atas, kita sudah gagal untuk menjadi orang yang dunia tidak terpengaruh dengan akhirat dan akhirat tidak tergugat sama sekali dengan dunia. Pendek kata, orang yang mampu khusyu' dlm solat dengan fokus kepada Allah adalah orang yang akhiratnya tidak tergugat sama sekali dengan dunianya.
Bagaimana pula apabila membicarakan orang yang dunianya tidak terpengaruh dengan akhiratnya ?.Merujuk hal ini, ia mempunyai 2 kategori samada ia ke arah kejahatan atau kebaikan. Jadinya dalam hal ini,hendaklah kita sentiasa berjaga-jaga. Janganlah pula kita menjadi orang yang hanya fokus pada dunia sehingga ajaran Rasulluah s.a.w tentang ancaman azab dan ganjaran2 syurga di akhirat kelak diabaikan. Berdo'alah kita, agar kita tidak tergolong dalam golongan ini ataupun golongan yang diberi istidroj. Apakah istidroj ? Istidroj ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa samada orang yang fasik atau kafir yang banyak melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah. Mereka menjadi bertambah ingkar dan sesat.
Senang cerita, mereka diberi ni'mat yang terlalu banyak sehinggakan akhirnya ni'mat itu ke arah kemaksiatan.
Jadinya, ana pernah bertanya sorang ustaz, "bagaimana nak membezakan ni'mat yang kita perolehi itu adalah istidroj atau tidak?" Nah, jawapannya mudah.Terang ustaz, "kalau ni'mat itu kita dapat dan menjadikan kita lagi ta'at pada Allah, makanya ia bukanlah istidroj dan ni'mat yang kita dapat tapi ia mendorong kita berbuat maksiat, makanya ia adalah istidroj".
Hanya orang yang diberi taufiq dan hidayah dari Allah sahaja akan cepat2 tersedar apabila diberi ni'mat berupa istidroj. Sebab itu kita hendaklah sering membaca do'a agar hati kita ditetapkan dlm iman dan islam, kerana petunjuk itu hanyalah dari Allah semata-mata .
Allah s.w.t ta'ala telah berfirman dalam surah Al-A'raaf 7:180 - 7:186 yang menceritakan kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya dengan cara istidroj. Sila lah rujuk Al-Qur'an yang gagah..antaranya :
وَمِمَّنۡ خَلَقۡنَآ أُمَّةٌ۬ يَہۡدُونَ بِٱلۡحَقِّ وَبِهِۦ يَعۡدِلُونَ (١٨١) وَٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا سَنَسۡتَدۡرِجُهُم مِّنۡ حَيۡثُ لَا يَعۡلَمُونَ (١٨٢) وَأُمۡلِى (لَهُمۡۚ إِنَّ كَيۡدِى مَتِينٌ (١٨٣
Dan di antara orang-orang yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan.(181)
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, nanti kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.(182)
Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.(183).
ياَ مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِنَا عَلَى دَيْنِكَ
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan segala hati makhlukNya ! Tetapkanlah olehmu ya Allah hati kami atas agamamu."
Mudah-mudahan kita bukanlah dari golongan istidroj.amiiin.
Justeru itu, bagaimana utk menjadi sebaik umat yg dunianya dan akhiratnya sama terbawa seperti dituntut dlm islam.? suka bagi ana untuk menceritakan serba sedikit kisah seorang sahabat Nabi yang dunianya ia kaya malah ia dijamin memperoleh syurga oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Beliau adalah Abddurrahman bin Auf.Bacalah entry sebelum ini 'Dunia Akhirat berjalan seiringan'. Perjuangan dan pengorbanan Abdurrahman bin Auf dengan harta sangat besar. Sungguhpun begitu kaya raya, ni'mat kekayaan kurniaan Allah itu tidak pernah dilakukan untuk tujuan kemaksiatan. Betapa dunia dan segala isinya tidak mampu disamakan dengan ganjaran syurga yang bakal diperolehinya. Betapa kuatnya iman para sahabat yang jelas tidak pernah menumpukan dengan hanya sujud dan ber'ibadat semata-mata dengan melupakan fitrah mencari kekayaan dunia, bahkan yang dicari adalah keduanya-duanya sekali.
Ku menyeru diriku dan teman2 seperjuangan, nyatalah dunia ini hanya sementara, segala isinya akan punah, namun selama masih bernyawa, bersiap sedialah kita mencari kejayaan dan kekayaan tetapi biarlah niat kita itu hanya kerana Allah, kerana agamaNya.
Hidup bukan sekadar hidup kalau setiap amalan lazimmu kau niatkan kerana Allah, seperti makan kerana ingin tenaga agar kuat beribadat, tidur kerana ingin memulihkan tenaga agar segala urusan perjuangan agama Lillah Ta'ala berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya, setiap perbuatan kita akan mendapat ganjaran kalau kena pada caranya dan niatnya kerana Allah dan ia dikira ibadat.
Mudah-mudahan kata-kata Harith al-Muhasabi (*) menjadi peransang bagi diri ana dan kalian apabila adakalanya kita terleka seketika.
Always bear in your mind, be the person whos his/her Dunnya is not hindered by the Akhirat while the Akhirat is also not be hindered by the Dunnya
Syurga dunia itu tidak sampai sekeping sayap nyamuk jika dibandingkan syurga akhirat
--------------------------------------------------------------------------------------------
*Nama penuhnya harith bin asad al-muhasibi, seorang ulama' di baghdad. Wafat pada 243 hijrah. Terkenal sebagai seorang ahli tasawwuf yang terkemuka. Di antara perkataannya seperti yang tercatat di atas.( Hadis empat puluh (Al-Imam Nawawi),penyusun Mustafa Abd Rahman.)
*Al-Muhasibi is one of the first people who combined between Sufism and kalam - the general norm for the first five centuries of the hijra was that these two trends were distinct and separate from one another. Most early Sufis had little to do with kalam, and the greatest luminaries of early kalam were not known for their tasawwuf. It was only after Abu Hamid al-Ghazali that such a marriage between Sufism and kalam became the norm, such that in our times it is hardly possible to find a person who is involved in one without the other. Of course, even in the first few centuries, there were a handful of exceptions, al-Muhasibi being perhaps one of the more famous ones, and definitely the earliest. In many ways he was a precursor to al-Ghazali, and this comparison has been commented on by many a researcher in the field. http://muslimmatters.org/2007/05/31/al-harith-al-muhasibi-d-243-ah-part-one/
No comments:
Post a Comment