Sunday, May 17, 2009

Mari belajar Bahasa 'Arab 2

Haa..apakah yang telah ana ucapkan ?
Alhamdulillah, masih bernafas lagi pada pagi ini, mudah-mudahan kesempatan ini, kita gunakan untuk meng'abdikan diri, menjalankan kewajipan sebagai hambaNya dalam kehidupan sehari-hari, kerana Allah telah pun berfirman dalam surah Adz-Dzaariyaat, 51:56

Dan Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

~Renung-renungkan~
Benarkah kita melakukannya ?
Tepuk dada tanya IMAN

Baiklah, menyambung pembelajaran kita siri ke-2, kalimah di bawah adalah fokus kita pada kali ini. Mudah-mudahan antum semua ready untuk mempraktikkan dalam perbualan kita.

THE MEANING IS :
How are you ?
I hope you are well and in good health continuously.


كُمْ (awak utk ramai lelaki) di atas boleh ditukar kepada كَ yang bermaksud (awak utk lelaki) atau كِ yang bermaksud (awak utk perempuan) menjadi :

كَيْفَ حالُكَ ؟
أَتَمَنَّى لَكَ فِي الصِّحَّة وَالْعافِيَةْ اَلْمُسْتَمِرَّةْ..

atau

كَيْفَ حالُكِ ؟
أَتَمَنَّى لَكِ فِي الصِّحَّة وَالْعافِيَةْ اَلْمُسْتَمِرَّةْ..

dan ia bergantung kepada التَّصْرِيف (something like grammer like I, you, we, they and so on)

So, demikianlah dua ayat yang ringkas diucap. At least, kita mampu bertutur sedikit dalam bahasa 'arab dan boleh mempraktikkan ia dengan sahabat-sahabat lama atau mungkin apabila satu hari kita melakukan Umrah dan berkenalan dengan member di sana. Siapa tahu ?

Yang penting, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tidak rugi belajar bahasa Al-Qur'an ini, sedangkan apabila melihat movie Jepun atau Mandarin, kita mampu sedikit-sedikit mempraktikkan apa yang kita dengari dari movie dengan orang Jepun atau Cina. So why not with 'Arabic language ? Sampaikan ucapan malam, hello, apa khabar, dan ayat-ayat yg simple2 dari bahasa lain mampu dipelajari dengan mudah, apalah sangatnya dibandingkan bahasa 'Arab yang sememangnya kita lafazkan hari-hari dalam solat, do'a makan, do'a tidur, do'a melihat cermin dan lain-lain. Sudah tentu best dan masyuk if pembelajaran diulangi dengan mempraktikkan seterusnya penghayatan yang lebih diutamakan.

Jadinya, selamat mempraktikkan. Bersama membangunkan diri dengan menyebarkan ilmu dalam dada, InsyaAllah, ni'mat ilmu itu mampu dirasai. CHAYOOK !

أتَمَنَّى لَكُمْ فِي الصِّحَّةْ والْعافِيَة اَلْمُسْتَمِرَّةْ


Tiada lafaz terindah melainkan kalam-kalam Allah, kerana ia seakan-akan ayat-ayat CINTA ALLAH kepada hamba-hambanya.Bukankah lagi meresap dalam jiwa apabila membacanya dengan penuh penghayatan. Anda? Bagaimana ?

No comments:

Post a Comment