Assalamu'alaikum sahabat2...
semoga kalian dalam lindungan rahmat Allah hendaknya.
semoga kalian dalam lindungan rahmat Allah hendaknya.
Kuat mujahadah meletakkan 'akal menguasai nafsu dan bukan nafsu menguasai 'akal.
Alhamdulillah. Pagi ini ana nak buat promotion untuk sama2 menonton ruangan PERENCAH EMOSI di sidebar blog ana ini. Bukan apa, sekadar menonton dan mendengar lagu-lagu yang sememangnya ada pengisian di dalamnya. Bukan itu sahaja, lagu-lagu yang ana pilih, semuanya ada berbagai rentak hinggakan rap pun ada, but masih tidak lari dari tujuan asal menyampaikan lagu iaitu dakwah.
Percaya atau tidak, lagu dan lirik sangat memainkan peranan terutama dalam menimbulkan sejuta rasa dan perasaan dalam diri. Sebab itu, kita hendaklah pandai membuat pilihan untuk mendengar lagu yang ke arah kebaikan atau yang semakin melalaikan. Ia boleh dianalogikan seperti makanan yang dibubuh bermacam rasa sehingga menjadi lauk-pauk yang sedap, namun jika tersalah masuk perasa yang berunsur syubhah atau haram seperti arak, maka parah lah ia apabila menjadi daging kerana Rasulluah s.a.w telah menerangkan pada hadithnya iaitu :
Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila ia rosak, rosaklah badan sekalian. Ketahuilah ! Itulah hati.
Begitu jugalah lagu dan lirik. Lagu dan lirik yang melalaikan pasti akan memberi kesan pada hati. Pokoknya, pandai-pandailah memilih yang terbaik untuk diri kalian. Hidup adalah perjuangan. Jangan kerana benda yang melalaikan, kita tersungkur. Alangkah bagusnya apabila menjadikan lagu sebagai medan kita untuk lebih mengingati Allah, memperjuangkan agamaNya, ingat-mengingati antara satu sama lain dengan mesej yang disampaikan melalui sentuhan nada-nada dan irama melodi yang indah ditambah dengan maksud yang jelas agar terkesan dalam jiwa.
Hal ini samalah seperti yang dilakukan oleh seorang wanita 'abid bernama Rabi'atul 'Adawiyah. Rabi'ah menyampaikan nyanyian memuji-muji Allah sehingga benar-benar memberi kesan yang baik dalam hati para pendengarnya dalam majlis-majlis zikir. Demikianlah Rabi'ah, hidup dalam kesederhanaan, begitu cintakan Allah sehingga terbuka hijab untuk melihat rahsia-rahsia dan nur-Nya. Ayuh ! Kita jadikan Rabi'ah sebagai role model kita untuk mencintai Allah.
Justeru, hendaklah kita mengetahui dengan jelas mesej yang disampaikan dalam lagu-lagu agar dapat menjaga hati dari lalai, agar kita dapat menghindari dari menyuburkan rasa-rasa cinta pada dunia sehingga urusan akhirat diabaikan kepentingannya. Hiburan disisi Islam tidak terlarang sama sekali tetapi apabila ia berlebih-lebihan sehingga melalaikan, maka hendaklah kita mengambil kira hal seperti ini. Terkesan ana pada kata-kata nasihat sahabat ana, dari ustaz beliau dari karya Ibnu Taimiyah berbunyi :
Boleh jadi perkara yang kecil itu menjadi besar kerana niat dan boleh jadi perkara yang besar itu menjadi kecil kerana niat.
Perkara yang kecil jangan disangka kecil, boleh jadi ia adalah perkara serius yang perlu diambil kira dan perkara yang besar pula janganlah terlalu mengambil serius kerana boleh jadi ia hanya perkara kecil sahaja.
Kesimpulannya, pilihlah lagu-lagu yang dirasakan pada liriknya mampu memberi kesan baik di hati untuk sentiasa segar mengingati Allah, perjuangan Rasulluah, kisah-kisah sahabat dan sebagainya. Selamat bersantai di ruangan PERENCAH EMOSI. Mudah-mudahan lirik-liriknya dihayati dan agar ada semangat-semangat mengalir dalam diri apabila liriknya dihayati, kerana itulah sebenarnya sentuhan jiwa dari mereka-mereka yang memperjuangkan hiburan di sisi Islam juga perjuangan ke arah kebaikan dan keinsafan.
Selamat bermuhasabah. Antara lagu-lagu dalam playlist :
Sejuta Harapan by Da'i Nada
MA LI RABBUN SIWAH by Da'i Nada
MA LI RABBUN SIWAH by Da'i Nada
Ya robbi sholli by Da'i Nada
Qolby Nasheed by Da'i Nada
My Ummah by Sami Yusuf
Al Asma Al Hosna by Hisham Abbass Beautyful Nasheed
Demi Matahari by Snada
Qolby Nasheed by Da'i Nada
My Ummah by Sami Yusuf
Al Asma Al Hosna by Hisham Abbass Beautyful Nasheed
Demi Matahari by Snada
( Sebenarnya ia dari surah As-syams, mudah menghafal ertinya bila dilagukan )
qolbi As-soghir by Musyari bin Rasyid al-'Afasi
Astaghfirullah by Opick
I've Seen w/lyrics by Outlandish ft Sami Yusuf
qolbi As-soghir by Musyari bin Rasyid al-'Afasi
Astaghfirullah by Opick
I've Seen w/lyrics by Outlandish ft Sami Yusuf
( miss our prophet Muhammad s.a.w to be with us, to teach Ummah back )
Mother by Sami Yusuf
M-U-S-L-I-M with lyrics by Native Deen
zamilooni by Native Deen ft Zain Bhikha
Mother by Sami Yusuf
M-U-S-L-I-M with lyrics by Native Deen
zamilooni by Native Deen ft Zain Bhikha
( song that have touched my heart, how our prophet Muhammad s.a.w have asked Saidatina Khadijah to be with him while he is afraid, the romantic story between the prophet mohammad and his wife Khadijah.masha allah so beautiful i wish every husband and wife are like that.AMEEN! )
Not Afraid to stand Alone by Native Deen
Intentions by Native Deen
Sakina by Native Deen
Talal Al Badru Alayna LYRICS by Native Deen
Muslim for life by Soldiers of Allah
Our world by Zain Bhika
Mawlay ya salli wa sallim by Muhammad Al-Husayyan
Basic Conga rhythms/variations by CONGGA
Cukup Bagiku by Opick
Not Afraid to stand Alone by Native Deen
Intentions by Native Deen
Sakina by Native Deen
Talal Al Badru Alayna LYRICS by Native Deen
Muslim for life by Soldiers of Allah
Our world by Zain Bhika
Mawlay ya salli wa sallim by Muhammad Al-Husayyan
Basic Conga rhythms/variations by CONGGA
Cukup Bagiku by Opick
Semuanya ada disertakan lirik, mana yang tidak ada, ana cuba tuliskan liriknya di bawah ruangan agar mudah penghayatannya. Jika tidak ada, selamat menghayati bait-baitnya ya?
InsyaAllah. Selamat menghayati dari ana.
Hiburan itu indah. Anda yang mencorak dan menentukannya. Renungi~
-----------------------------------------------------------------
p/s : yang slow connection, ana minta ma'af. Di USM mungkin tak dapat tonton ruangan ini, kerana youtube di block. So, GOOD LUCK!...
salam..dis posting is very nice..
ReplyDelete"disaat pg yg hening terasa sagu diperbaringan"
bila baca post nih...ada terasa sedikit injuksi hati dan motivasi amalan..
lagu dan irama:
fitrah manusia yg sentiasa mencari utk diisi..
teruskan..
p/s:tak perlu kpd perancah meggi kan ;P
wslm..
ReplyDeletealhamdulillah..hidayah tuh kan milik Allah..
di saat 'virus2' bertebaran di bumi Allah ni..
makanya perlu bnyak Dr. menghasilkan injuksi hati dan motivasi amalan seperti enta dan shbt2 luar sana juga kn??
dan antara tanda amalan diterima ialah istiqomah melakukannya, sama2 la kita ye?
p/s : betul3x ! (upin ipin)..