Saturday, October 31, 2009

Kalam Hikmah1

Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Sementara hari esok belum lahir. Harimu adalah hari ini maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keberuntungan...


Allah itu maha indah..Terserlah keindahanNya dalam setiap ciptaanNya..Hadirkan Allah sentiasa dalam hatimu. Setiap detik, saat dan waktumu..pasti Allah tidak melupaimu..


-Lirik dalam laskar pelangi-

" mimpi adalah kunci..
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah ..tanpa lelah.. sampai engkau meraihnya

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia..selamanya..."

Dengan imaginasi yang kuat mampu mencairkan ais di tangan. Dengan mimpi yang bersemangat, mampu membuat kita berlari kuat untuk menjadikan ianya satu realiti.

Teruslah berlari untuk mencapai angan impian hidupmu. Kemudian, jangan lupa serahkan dan lapangkan urusanmu pada Allah. Dialah penentu segalanya.

Kerana apabila mimpi mu menjadi realiti..janganlah lupa gembira itu juga ujian. Apakah dirimu ingat tuhan hanya tatkala di waktu susah atau setiap saat dirimu mengingatiNya..

Kerana apabila mimpi mu tidak pula menjadi realiti..janganlah berputus asa..janganlah lupa Allah menguji imanmu ketika itu. Teruslah berlapang dada. Moga Allah meredhai kita dalam setiap urusan kita. Dia akan memberi yang terbaik buat hamba yang sanggup memberi yang terbaik juga padaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah akan menyayangimu…

Cheer your day with a bright and strong heart for Allah..Ceriakan hidupmu walau jutaan masalah melanda. Hidup adalah seperti roda. Allah menguji iman kita dengan bermacam-macam dugaan yang kadangkala membuat emosi menjadi tak keruan. Apapun yang pasti, saat diuji itulah, iman teruji... Bersyukurlah dirimu diuji, kerana itu tandanya Allah sayangkan kita dan ingin mendidik diri kita. Janganlah melatah apabila diuji. Renungilah hikmah yang disembunyikan Allah. Tanyalah imanmu, pasti ia bisa memjawab hikmah di sebalik itu.

Apakah kita telah menjadi hamba setaqwa-taqwa hambaNya?

Thursday, October 29, 2009

Sunrise = Natural Creation

“Tiktiktaak..tiktaktaaktik..klik! klik..tiik..taaaktik……”

Keyboard laptop berbunyi. Laju pena berteknologi tinggi ini bergerak dengan gerakan jari-jemari yang tak sabar-sabar menaip. Baru sebentar tadi membuat air susu dicampur 3 biji kurma kering pemberian emak yang dibeli dari Mekah. Hajat dihati ingin bersarapan bersama ibunda dan ayahanda tercinta tapi jarak yang jauh memisahkan hubungan kami anak beranak. Saat indah ingin dikongsi bersama.

“Mak ayah, selamat bersarapan. Ana jemput mak ayah ni. Nak sarapan sama. Semoga mak ayah bahagia dan ceria. Hanya message mampu dihantar kerana mak ayah tak angkat call, maybe xperasan bunyi handphone kot….

Lantas roti yang ada disapu coklat.

Laparnya..lebih baik jangan tidur selepas subuh. Biarlah sarapan sat pastu baru difikirkan aktiviti hari ini, monolog hatiku. Setelah membaca do’a makan..nyamnyam..

Erm..sedap..baik pasang nasyid, mudah-mudahan pagi ku ceria mengingati tuhanku..

Diri kembali bermonolog.

Tenangnya pagi. Indahnya sunrise. Subhanallaaah..Tuhanku indahnya Sunrise mu di mana-mana. Hamba sangat suka melihat sunrisemu..ya tuhanku…

Heeeeee…Senyuman terukir seorang diri, menghayati bait-bait lagu nasyid yang memang tak terkira banyaknya dalam handphone merah Nokia 5200 ku ini. Ada nada gembira, ada nada sedih. Yang pasti bagiku nasyid umpama cara kita zikir mengingati Allah. Dengan lagu, ia mampu memberi sentuhan muhasabah yang lebih mendalam dirasakan ke dalam hati. Itulah kuasa lagu nasyid bagiku.

Sambil-sambil, aku membuka buku koleksi mutiara kata Al-Qarni. Penulis Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni ini, memang penulis yang ku kagumi. Bukunya ‘La tahzan’, kini sudah jadi buku the best seller lagi. Bahasa yang sangat puitis. Setiap kali membaca bukunya, pasti otak ku turut berfungsi, seolah-olah cuba memahami makna kias di sebalik ayat puitisnya.

Nah.. ini yang ku terjumpa..Bertambah aku terharu di pagi hari. Ingin dikongsi bersama nih!..hati tidak sabar menekan-nekan keyboard laptop.

“Tiktiktaak..tiktaktaaktik..klik! klik..tiik..taaaktik……”

Keyboard laptop berbunyi. Laju pena berteknologi tinggi ini bergerak dengan gerakan jari jemari yang tak sabar-sabar menaip.

Nikmatilah pemandangan pagi hari di saat terbitnya mentari kerana disana engkau menemukan keindahan, keagungan dan Maha Kuasanya Allah s.w.t. InsyaAllah kau beroleh kekuatan. Akan tertumbuhnya harapan-harapan baru kebergantungan hidup hanya cukup Allah bagiku dan hadirnya optimisme baru dalam dirimu.

Nah, ini yang mampu terucap..Subhanallah..sesekali perhatikanlah alam natural di sekelilingmu. Engkau tidak sedar ia wujud. Diri hanya sibuk mengagungkan indahnya ciptaan arkitek-arkitek dengan binaan yang megah-megah. Tapi diri sering lupa benda yang memang sejak azali menemani kita. Alam-alam hijau. Udara segar, dan segala macam keindahan Allah dalam ciptaanNya.

Lebih senang kata,

manusia itu memang sentiasa lupa apa yang ada disisi namun bila sudah hilang, baru menangis kehilangan something yang setia menemani hidupnya..itulah kita...

Klik!Klik!..pena canggih dah penat.

Pagi yang indah sangat-sangat hari ini.
Alhamdulillah, tuhanku, kau beriku senyuman kembali. Sungguh cukup bagiku hanya kau peneman ku disisi. Pelihara ku ketika rindu hadir tanpa disedari. Ku syukuri ni’mat rindu ini. Pelihara ia tuhanku..ku ingin sulam cintaku dalam cintamu..ku tidak lagi ingin mengundang murka mu..ampuni daku..
Hati sangat kuat berbisik dan merintih dengan tuhan alam. Lalu syukur diluahkan dalam sujud pangabdian seorang hamba yang kerdil dalam waktu indah DhuhaNya..

Sesungguhnya Ayyub al-Anshari r.a meriwayatkan,

Maksudnya : “Rasulullah s.a.w. selalu melaksanakan solat empat rakaat ketika matahari tergelincir (dhuha). Aku bertanya, ‘Wahai Rasulluah! Engkau selalu melakukan empat rakaat ini di saat matahari tergelincir.’ Beliau menjawab, ‘ Sesungguhnya pintu-pintu langit selalu dibuka pada saat tergelincirnya matahari dan baru ditutup ketika solat zuhur dilaksanakan. Aku ingin agar ada kebaikanku yang naik ke langit pada waktu tersebut.’. Aku kembali bertanya, ‘Apakah kita membaca Al-Qur’an pada setiap rakaat? .’ Beliau menjawab, ‘Ya’.Ku tanyakan kembali, ‘Apakah di antara empat rakaat itu terdapat salam?’. Beliau menjawab, ‘Tidak’.”

(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Humaidi dan Ibnu Khuzaimah)

Sesungguhnya Abdullah as-Sa’ib r.a meriwayatkan,

Maksudnya : “Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat empat rakaat setelah matahari tergelincir sebelum zuhur. Beliau bersabda, ‘ Saat itulah pintu-pintu langit dibuka. Maka aku ingin ada amal solehku yang naik ke langit pada waktu itu.’”

(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).

-tamat-

~ Sunrise itu dari jendela kamarku~

Monday, October 26, 2009

Telah meninggal....!


-Dunia yang kejam telah meninggal!-


Dunia yang kejam telah meninggal..
Apakah ada dunia baru setelah dunia yang kejam?

Manusia..
Lupakah kamu..?
Dunia yang kejam akan meninggal..
Hanya kalau kamu tekad hati membunuh dia..

Tatkala sang Suami berpisah dari si Isteri
kerana tiang masjid yang tidak kukuh
Tatkala sang Ibu ditinggal si Anak..
kerana tiada lagi kasih, simpati, belas dan ihsan
Tatkala sang hamba meninggalkan DIA..
kerana tertipu dengan dunia yang kejam
Semuanya gara-gara nafsu yang semakin ghairah merobek! menyentap kesucian nurani..

Apakah kamu sakit?
Lupakah untuk berjumpa Dr.Iman?
Sedang khidmatnya FREE untuk kamu sepanjang masa..
Cuma hanya perlu sedikit kesabaran untuk bertemu Dr. Iman yang sangat buzy merawat
Penyakit-penyakit yang semakin menjadi-jadi virusnya..
Wabak semakin menular tatkala Dr Iman tetiba cuti dek kelelahan
Penat menjalankan urusan dalam dunia yang kejam..

Dunia yang kejam telah meninggal
Apakah ada dunia baru setelah dunia yang kejam?

Manusia..
Jangan kalian lupa..
Dunia kejam memang wajib meninggal..

Tatkala Dr. Iman kelesuan merawat..
Kalian harus berusaha keras..
Sama-sama berganding bahu..
Laksana Nakhoda yang bijak mengawal kapalnya dari gelombang yang mengganas..
Melawan badai nafsu bersama-sama Dr. iman..
Menentang bakteria halus dalam istana dirimu..

Semoga kita ketemu penawar itu..
Semoga ada ubat bagi semua wabak, virus dan bakteria yang jahat!
Moga-moga kamu dan Dr.Iman mendapat anugerah pingat khidmat cemerlang..
Kerna berjaya tabah dan kuat dalam dunia yang kejam
Moga-moga ada sinar ketenangan dan kegembiraan terpancar dari wajahmu..
Kerna kelak akan bertemu Dunia baru yang tiada lagi kekejaman
hanya ada suka tanpa duka
hanya ada bahagia tanpa derita
hanya ada warna pelangi
DisisiNYA
tiada lagi dunia yang kejam

Alhamdulillah..
Syukur ku panjat atas kematian dunia yang kejam
Innalillah wa inna ilaihi raji’un..

Dunia yang kejam telah meninggal..

-nukilan hatiku-