Keyboard laptop berbunyi. Laju pena berteknologi tinggi ini bergerak dengan gerakan jari-jemari yang tak sabar-sabar menaip. Baru sebentar tadi membuat air susu dicampur 3 biji kurma kering pemberian emak yang dibeli dari Mekah. Hajat dihati ingin bersarapan bersama ibunda dan ayahanda tercinta tapi jarak yang jauh memisahkan hubungan kami anak beranak. Saat indah ingin dikongsi bersama.
“Mak ayah, selamat bersarapan. Ana jemput mak ayah ni. Nak sarapan sama. Semoga mak ayah bahagia dan ceria”. Hanya message mampu dihantar kerana mak ayah tak angkat call, maybe xperasan bunyi handphone kot….
Lantas roti yang ada disapu coklat.
Laparnya..lebih baik jangan tidur selepas subuh. Biarlah sarapan sat pastu baru difikirkan aktiviti hari ini, monolog hatiku. Setelah membaca do’a makan..nyamnyam..
Erm..sedap..baik pasang nasyid, mudah-mudahan pagi ku ceria mengingati tuhanku..
Diri kembali bermonolog.
Tenangnya pagi. Indahnya sunrise. Subhanallaaah..Tuhanku indahnya Sunrise mu di mana-mana. Hamba sangat suka melihat sunrisemu..ya tuhanku…
Heeeeee…Senyuman terukir seorang diri, menghayati bait-bait lagu nasyid yang memang tak terkira banyaknya dalam handphone merah Nokia 5200 ku ini.
Sambil-sambil, aku membuka buku koleksi mutiara kata Al-Qarni. Penulis Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni ini, memang penulis yang ku kagumi. Bukunya ‘La tahzan’, kini sudah jadi buku the best seller lagi. Bahasa yang sangat puitis. Setiap kali membaca bukunya, pasti otak ku turut berfungsi, seolah-olah
Nah.. ini yang ku terjumpa..Bertambah aku terharu di pagi hari. Ingin dikongsi bersama nih!..hati tidak sabar menekan-nekan keyboard laptop.
“Tiktiktaak..tiktaktaaktik..klik! klik..tiik..taaaktik……”
Keyboard laptop berbunyi. Laju pena berteknologi tinggi ini bergerak dengan gerakan jari jemari yang tak sabar-sabar menaip.
Nikmatilah pemandangan pagi hari di saat terbitnya mentari kerana disana engkau menemukan keindahan, keagungan dan Maha Kuasanya Allah s.w.t. InsyaAllah kau beroleh kekuatan. Akan tertumbuhnya harapan-harapan baru kebergantungan hidup hanya cukup Allah bagiku dan hadirnya optimisme baru dalam dirimu.
Lebih senang kata,
manusia itu memang sentiasa lupa apa yang ada disisi namun bila sudah hilang, baru menangis kehilangan something yang setia menemani hidupnya..itulah kita...
Klik!Klik!..pena canggih dah penat.
Pagi yang indah sangat-sangat hari ini.
Alhamdulillah, tuhanku, kau beriku senyuman kembali. Sungguh cukup bagiku hanya kau peneman ku disisi. Pelihara ku ketika rindu hadir tanpa disedari. Ku syukuri ni’mat rindu ini. Pelihara ia tuhanku..ku ingin sulam cintaku dalam cintamu..ku tidak lagi ingin mengundang murka mu..ampuni daku..Hati sangat kuat berbisik dan merintih dengan tuhan alam. Lalu syukur diluahkan dalam sujud pangabdian seorang hamba yang kerdil dalam waktu indah DhuhaNya..
Sesungguhnya Ayyub al-Anshari r.a meriwayatkan,
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w. selalu melaksanakan solat empat rakaat ketika matahari tergelincir (dhuha). Aku bertanya, ‘Wahai Rasulluah! Engkau selalu melakukan empat rakaat ini di saat matahari tergelincir.’ Beliau menjawab, ‘ Sesungguhnya pintu-pintu langit selalu dibuka pada saat tergelincirnya matahari dan baru ditutup ketika solat zuhur dilaksanakan. Aku ingin agar ada kebaikanku yang naik ke langit pada waktu tersebut.’. Aku kembali bertanya, ‘Apakah kita membaca Al-Qur’an pada setiap rakaat? .’ Beliau menjawab, ‘Ya’.Ku tanyakan kembali, ‘Apakah di antara empat rakaat itu terdapat salam?’. Beliau menjawab, ‘Tidak’.”
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat empat rakaat setelah matahari tergelincir sebelum zuhur. Beliau bersabda, ‘ Saat itulah pintu-pintu langit dibuka. Maka aku ingin ada amal solehku yang naik ke langit pada waktu itu.’”
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad).
-tamat-
No comments:
Post a Comment