Tuesday, September 7, 2010

Semalam yang ceria. Moga hari ini terus ceria.

Di subuh yang hening. Kokokan ayam bersahutan menyambut rahmat Ilahi di pagi 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Teringat pesan nabi SAW, bila mana kamu mendengar ayam berkokok, ia melihat malaikat, maka berdo'alah mohon rahmat Allah dan bila mana kamu mendengar anjing menyalak, ia melihat syaitan, maka mohonlah perlindungan dari Allah...

Buku-buku berselerakan. Terpandang aku pada buku 1001 do'a-do'a pilihan dari Al-Qur'an dan As-sunnah. Buku inilah penemanku di sepanjang perjalanan ku menjadi tetamuNYA. Dibelek halaman muka surat 137, membaca do'a ketika mendengar ayam berkokok.

 أَسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِك
"Aku memohon kurniamu ya Allah" (Hadis riwayat Bukhari)

Terpandang pula aku do'a yang diajar nabi SAW di bawahnya, do'a ketika mendengar anjing menyalak.
أَعُوذ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجِيمِ
"Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan terkutuk" (Hadis riwayat Bukhari)

Terdetik dalam hatiku, 'mudah rupanya do'a-do'a yang diajar nabi'. Melihat sekilas pada buku do'a, hatiku bermonolog, " Hmm..buku ni macam perlu dibalut je, da comot tengok. Nantilah, tunggu lapang sket. Sekarang waktu bertenang-tenang." Senyum ku sendirian. Demi mengelak tidur selepas subuh, mesti ada aktiviti di pagi hari. Lagu nasyid kegemaran dipasang. Teringat detik ketika di USM, biasanya aktiviti inilah yang aku lakukan. Menghabiskan masa membuat kerja-kerja terbengkalai, mendengar lagu-lagu, melihat sunrise. Itu memang kegemaranku. Rindunya pada teman-teman. Rindunya masa silam. Cuma satu silam je yang tak ingin dirindui, apatah lagi diingati. Muram seketika. Cuba mengalihkan perhatian dengan mendengar bait-bait irama nasyid dalam handphone Sony Ericsson Walkman ku ini.

Subhanallah walhamdulillah Astaghfirullah wallahuakbar
Subhanallah walhamdulillah Astaghfirullah Hasbiyallah
Di tepi kerinduanku, memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa tak lepas dari rasa kecewa
Hanya padamu tempatku mengadu
pahit yang kini menyeksa ku
Aku percaya tiada yang sia-sia, semua kan ada hikmahnya

Hmm..sedap lagunya. Hikmah by Netta KD & Danil. Siapa yang menyanyi itu tak penting bagiku. Prinsip ku terhadap music tetap sama. Asal sedap di pendengaran, menenangkan, ada maksud pada setiap baris lagu, itu memang padanan yang perfect!..hehe.Sepi.



Hanya padamu tempatku mengadu
pahit yang kini menyeksa ku
Aku percaya tiada yang sia-sia, semua kan ada hikmahnya

Berulang-ulang dinyanyikan.Sepi lagi. Mengeluh aku. Nafas ditarik dalam-dalam. Hati kuat berdo'a.
حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الوَكيل .Cukuplah Allah sebaik-baik wakil. Inilah ayat penguat semangatku tatkala ada sesuatu yang sedih melanda. Bagiku, ia memang sangat2 mujarab. Seolah-olah kita benar-benar yakin tak akan ada yang buruk menimpa kita selagi Allah tempat penyerahan segala-galanya. Seolah-olah kekuatan meresapi jiwa dan hati tidak gundah andai cukup Allah! Cukup Allah! Cukup Allah!. Secara automatik hati akan bersetuju dan memberi respon, "Cukuplah bagiku Allah. Dunia dan segala isinya tiada apa-apa." Benar-benar!..Dunia dan segala isinya hanya titipan semata. Perkataan titipan sangat menarik bagiku untuk melambangkan semua yang kita miliki memang hanya titipan. Nikmat dan pujian semuanya milik Allah.

Mood berubah. Lagu Jepun pulak kali ni...Mirai e by Kiroro. Maksudnya tak ku fahami, tapi nada musicnya sangat comel. Ada rasa funny di situ. Bibir terkumat-kamit, cuba menyanyi. Haha. comel2!

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai 

Nanti nak contact fizah la. Kawan sekelas ku yang belajar di Jepun da pulang. Bahasa Jepun insyaAllah tak jadi masalah bagi dia untuk mentranslatekan lagu ni..hehe..OKEYH!...

Mood semakin berubah. Dari rasa funny, sekarang rasa seronok!. Dari senyum, sekarang dah boleh tergelak-gelak sendirian. Rabbinajjina by Hijjaz. Selawat nabi ni sangat seronok. Teringat aku pada Paklang Latip dan Maklang Midah. Merekalah yang membuatkan kami sekeluarga meminati Qasidah dan selawat nabi ni. Kunjungan ke rumah Wanlang di Singapore sangat bermakna. Ole-ole CD selawat dan qasidah kini selalu je berkumandang dalam kereta. Ayahlah yang paling suka. Tapi itu Rabbinajjina version Singapore, yang kedengaran di telingaku kini version dari Hijjaz. Suka2!!..Alhamdulillah..Nikmat Allah di pagi hari.
Kalau tadi syahdu, kemudian ceria dan akhirnya gembira. Begitulah perjalanan hidup juga. 


Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda menghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Jam di handphone dah menunjukkan pukul 8.19. Ayuh bangkit2!!!..Hari ini hari yang perlu dijalani dengan ceria dan semangat.."Allahuakbar, Allah maha besar. Ku memuja mu di setiap waktu..Hanyalah padamu, tempat ku berteduh. ku mohon redha dan ampunanmu." Hati dan bibir bersatu menyanyi penuh perasaan. Syurgamu by Ungu. Indahnya aturannya..Semalam yang ceria. Moga hari ini terus ceria..






Saturday, September 4, 2010

I'm Home~~~

Assalamu'alaikum wbt. Lamanya da berhabuk.
"Uhuk, uhuk!". Terbatuk-batuk. "SrooT, sroot. Adeh! Selesema sudah...Kena buat operasi Ops Tulis nih! Jom! Mohler kite ngemas-ngemas". Heee. Mode baru ada.

"I'm home...." I said.
"I'm happy to back home...!" I said loudly.

and my blog said to me, "Welcome home my dearest..."  with the new face, happy face and suddenly he turned over and said, "Please don't ever come back to me. I hate u!" The old face has been thrown out the window.

The new era just begun.