Saturday, April 18, 2009

Perasmian Blog!!

Salamzzz..
Sesungguhnya, setiap amalan itu disertai dengan niat…

ِﺇنَّّمَا الاعْمَالُ بِانِّيّاتِ،وَﺇِنَّّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَّا نَوَى،فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ ﺇِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ ﺇِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَمَنْ كَانَتْ ِهجْرَتُهُ لِدُنْيِا يُصِيْبُهَا، أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ ﺇِلَى مَا هَجَرَ ﺇِلَيْهِ

Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung niat-niatnya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya (benar-benar) kepada Allah dan rasul-Nya.Dan barangsiapa hijrahnya untuk dunia yang dia ingin meraihnya, atau untuk wanita yang dia ingin menikahinya, maka (nilai) hijrahnya (sebatas) kepada apa yang dia berhijrah kerananya.


Well, this hadith is well-known actually dari ana form4, even dalam lagu pun dimuatkan hadith ni..( dari ALGEBRA & MUA'DZ ) sehingga di jameah USM pun ana jumpa hadith ni lagi.(dari pengajian syarah kitab RIADUSSOLIHIN oleh al-imam Nawawi).Jadinya, ana nak selitkan juga hadis ini, mudah-mudahan ia menjadi guideline ana untuk istiqomoh dan thabit tujuan asal dalam menulis blog ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui niat ana dan apa niat antum.

Firman Allah ta’ala : “Katakanlah : jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya,pasti Allah mengetahui.” (Ali Imran:29)

Life is too short..we do not know bila waktu kita dipanggil malaikat maut..yang pasti we will die sooner or later (الله تعالى أعلم)

FirmanNya lagi : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." ( Al-anbiyaa' :35 )

so..what are we waiting for ? Teruskan berjuang ! (EXAM mode.do'akan ana). Tidak kira perjuangan apapun..yang pasti LILLAH TA’ALA..selagi hayat dikandung badan kerana kelak setiap dari kita akan diperhitungkan.
mahukah kita diperhitung dengan amalan yang sedikit tanpa berbuat apa-apa untuk amar ma'ruf wa nahi mungkar ? tanpa cuba meningkatkan amalan, IMAN dalam diri ? tetapi sebaliknya kita leka dengan syurga dunia. Tepuk iman, tanyalah amal.

well, similarly in our ‘AMAL, tiada yang kita lakukan melainkan NIAT yang pertama-tama dalam hati..samada niat yang baik atau niat buruk.

Firmannya :"Sesungguhnya dia mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan dan dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan."(Al-Anbiyaa':110).

As the conclusion, ana mintak ma’af terlewat dalam menyiarkan blog ini kepada sahabat2 yang sudah diwar-warkan. Ana sangat mengalu-alukan comment antum / مُلاحَظَة yakni comment in arabic ( sesekali belajarlah bahasa 'arab,hehe ).so, perbetulkan apa yang salah, tambahkan apa yang terkurang, kurangkan apa yang terlebih ok ?

Akhirnya, dengan lafaz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ana rasmikan blog ini.
" THIS IS THE TIME TO INSPIRE ! yeaah."



Saturday, April 4, 2009

my day make a history!

salam

its a happy day..

dis is my 1st posting

hope we share all da great moments to inspire each other

syukran.salam