Assalamu'alaikum, buat pembaca yang sgt dihormati. Haa, pagi ni ada cetusan idea sedikit.
LEARN HOW TO USE sedikit kalimah-kalimah 'arab dalam perbualan seharian.
LEARN HOW TO USE sedikit kalimah-kalimah 'arab dalam perbualan seharian.
Alkisahnya begini, sahabat lama ana bernama Ida called utk jemputan Reunion shbt2 lama di SAMTH Kg.Jawa. waaa, sangatlah merindui kalian sahabat2 ku, maka dengan tujuan itu juga lah, ku hadiahkan blog ni buat sahabat, agar kita tidak lupa sama sekali ukhuwah yang terbina, yang tidak dapat ditukar ganti. Sedang leka berbual bila nak jumpa, di mana, terlupa pula menanya khabar..
Ana : Ida, cerita punya cerita, Ida sihat ke ?
Ida : haa, saya tak sihat, suara pun lain ni, selesema sket.
Ana : Laa, ye ke ? Udah makan ubat? شَفَاكِ الله ye . cepat sembuh ye? haa, belajar 'arab kan?
Ida : ah, syukran. InsyaAllah. Dah makan da.
Ana : eh ? bukan ia ada jawapan khas ke?
Ida : ape die?
Ana : Tak silap, اللهُ يَشْفِيْكِ..eh? ke tak de ek? ala..tak ingatla..kene buka buku ni..
Ida : laaa..ape ni..الْعِلْمُ فِي الصُّدُوْر , لَيْسَ فِي الْكُتُبْ . ( ilmu itu dalam dada, bukan dalam buku).
Hah!, saat itu, memang terpempan ana, betullah kata ida, Ilmu itu letaknya di dalam dada bukan di dalam buku. Terima kasih Ida, kerana memperingatkan ana, dan sekarang ana memperingatkan antum semua.
الْعِلْمُ فِي الصُّدُوْر , لَيْسَ فِي الْكُتُبْ
ilmu itu dalam dada, bukan dalam buku.
Makanya Ida dan kalian semua, apabila sesorang sakit, dalam perbualan 'arab, kita boleh la mengucapkan
شَفَاكِ الله (untuk perempuan) / شَفَاكَ الله (untuk lelaki)
dan apabila seseorang mengucapkan pada kita ayat di atas, jawapannya ialah :
اللهُ يَشْفِيْكِ (untuk perempuan) / اللهُ يَشْفِيْكَ (untuk lelaki)
اللهُ يَشْفِيْكِ (untuk perempuan) / اللهُ يَشْفِيْكَ (untuk lelaki)
شَفَاكِ الله / شَفَاكِ الله bermaksud : May Allah give you health dan
اللهُ يَشْفِيْكِ / اللهُ يَشْفِيْكَ bermaksud : and Allah give you health too.
So, buat sahabat2, selamat mempraktikkan sedikit kalimah2 'arab ya. Teringat ana, Dr.Fadzilah Kamsah ada menyebutkan " Belajar untuk mengajar orang lain ". InsyaAllah, lekat ilmu itu kalau kita belajar memang untuk diri sendiri dan mengajarkannya untuk orang lain ditambah dengan
الْعِلْمُ فِي الصُّدُوْر , لَيْسَ فِي الْكُتُبْ
ilmu itu dalam dada, bukan dalam buku.
ilmu itu dalam dada, bukan dalam buku.
~Renung-renungkan~
--------------------------------------------------------------
p/s : to Ida, najat, ann, yana, echah, ayu, huda, zamila, zul, eda, suhaila and all my friends from 5 Aisyah. InsyaAllah ana tak dapat hadir atas sebab tertentu, rindukan perjumpaan kita bersama. Semoga kalian tetap thabit dengan ilmu yang pernah dipelajari dahulu. Miss ukhuwah kita..
No comments:
Post a Comment