This video is ready to watch.. For what???MAYBE..
1)..nak dapat INSPIRATION!.
2)..RINDU mak ayah..
3)..SUMBER MOTIVASI kita yang paling kuat sebenarnya..
Ketahuilah, tanpa mereka, tiadalah kita. Justeru bagaimana nak balas jasa mereka selain do'a berpanjangan untuk mereka dlm solat kita ? haaa..BELAJAR LAH RAJIN2..
Tidakkah kita teringin lihat senyuman ibu ayah kita yang pasti membahagiakn kite..?
ya Allaaaahh..terbayang ana, senyuman mak ayah. Rindu yang pasti bila berjauhan, walaupun masih dalam Malaysia sendiri..( tuh belum rasa jauh yang memang JAUH..).
But in the same time, teringat juga tangisan air mata ibu ayah kerana kecewa akibat kegagalan kita untuk seketika. Tapi mereka setia memberi semangat, harapan untuk kita. Menanti detik kejayaan kita yang mereka idam dan nanti. Tangisan mak ayah..(sangat2 terbayang, sebab pernah tengok mak ayah menangis dalam diam sebab anak2..hmm) sangat sedih rasanya, bila kadang2 tak dapat tunaikan harapan 'Parents' yang menggunung tinggi !! Tapi jangan pula kita sesekali lupa bahawa kematian itu bila-bila sahaja akan menjemput kita..
(peringatan untuk ana dan teman2)
*JANGANLAH KITA SANGKA MATI KITA DI USIA LANJUT ; sedangkan jasa mereka kita belum balas lagi, sedangkan kita tak tunaikan lagi kehendak keinginan mereka dari kita sebagai anak2, walau mereka tidak menyuarakan, walau mereka diam je..
*HENDAKLAH SENTIASA INGAT KEMATIAN ITU 'ON TIME', tidak terlewat sesaat, tidak pula tercepat sesaat. Kita tidak tahu siapakah yang bakal pergi dahulu, kita atau mereka ? ( bila teringat ni, cepat2 nak call mak ayah, risaw xsempat..hmm)
Justeru, detik yang ada..
INGATLAH MAK, ibu, ummi, mama. Mereka sudah berpenat-lelah melahirkan kita, 9 bulan mengendong perut ke sana sini, tapi bila kita besar, kita lupa kepayahan itu. Kita tak ingat langsung, sampai ada anak2 yang sanggup menghantar mak ayah ke rumah orang2 tua..ya Allaaaahh..dimana kah IMAN??
INGATLAH AYAH, bapa, abie. Kudrat mereka siang malam untuk mencari duit, semata2 agar kehidupan keperluan kita lancar, agar buku mampu dibeli, agar duit poket masuk, agar yuran pengajian kita dibayar..kerana apakah semua itu sahabat2 yang ku hormati ?? kalau tidak kerana nak kita jadi anak2yang berguna, bukannya anak yang tidak memberi manfaat pada diri, keluarga, masyarakat, agama yang pasti !
INGATLAH teman2..jagalah pertuturan kita dengan mereka, berkata lembut sentiasa, Allah s.w.t berfirman dalam surat Al Israa' 17:23 dan 17:24 :
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.
Sesungguhnya hati ibu ayah ni lembut, tangisan mereka dalam diam, marah mereka kerana sayang. Ku peringat diriku sentiasa juga buat sahabat2ku..
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu-bapa
(Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam sunannya, dinilai sahih oleh al-Bani)
Last kalam, ingatilah kedua orang tua kita, justeru akan ada semangat mengalir dalam diri untuk lebih tekun..(letaklah gambar mak ayah kat handphone ke,huhu) insyaAllah, kejayaan milikmu bila niat dirimu lakukan kerana nak dapat redha Allah melalui redhanya mak ayah..
InsyaAllah, yakinlah! TERUSKAN PERJUANGAN! LILLAH TA'ALA..
أتَمَنَّى لكم في النَّجاح في الدنيا والآخرة.. ( I HOPE all of you will be sucsess dunnya akhirat )..amin..
No comments:
Post a Comment