Saturday, May 23, 2009

New Version of Si Ayam and Si Helang..

Sambil mengais tanah, si ayam berkata, “mana dah ku hilangkan jarum emas tuh, harus mencari segera supaya bisa ku terbang seperti helang, tak sanggup melihat helang terbang tetapi aku di bawah je, tak dapat menikmati langit seperti helang .”

Demikianlah kisah si ayam, si helang dan jarum ajaib. Sampai berpuluh-puluh keturunan si ayam mengais pagi petang kerana nak cari jarum ajaibnya yang boleh buat si ayam terbang macam si helang. Lucu bukan, kisah dongeng yang direka-reka tetapi memang terkandung nasihat tersendiri.


Tergelak ana tatkala emak berkata, “ Sebab tulah, ayam tuh pagi petang kais tanah, bukan sebab nak cari makanan, tapi, cari jarum ajaibnya.” Haha, tak akan ku tertipu lagi. Tetiba datang abang ana mencelah, Emak pernah dengar cerita si ayam dan si helang versi baru? Yang tuh cerita da lama da”.

Haa, now lets story again what's my brother told me his new version story of si ayam and si helang.

Alkisahnya begini…
Si ayam dan si helang sama-sama bertelur. Reban si ayam di bawah dan reban si helang di atas sedikit. One day, sebiji telur si helang terjatuh masuk ke dalam reban si ayam. Si ayam pula selamba je lah mengeram, tetapi sedikit pelik, “Aik, kenapa telur yang satu ni kecik, sedangkan telur yang lain besar je, tak kesahlah..” berkata si ayam sambil mengeram seperti biasa. Telur yang kecik tu la telur si helang yang terjatuh tadi. Setelah lama mengeram, menetaslah telur-telur. Si helang mendidik anak-anaknya dengan cara si helang, manakala si ayam dengan cara ayamlah. Lantas di bawa anak-anak ayam yang comel-comel tu pergi mengais makanan termasuklah anak si helang tadi yang dieram oleh si ayam. Si helang yang kecil tuh pun hanya mengikut kerana baginya, si ayam adalah ibunya.

Maka, apabila sudah besar, amat berbezalah wajah anak-anak si Ayam dengan si helang tadi. Si helang pandang ke langit dan melihat Si helang lain terbang bebas tinggi di langit. Berkata si helang, “ Alangkah bestnya dapat terbang macam helang-helang tuh”.

Si helang tidak sedar langsung yang sebenarnya dia adalah si helang yang sama seperti helang-helang lain yang terbang di langit. Si helang terus mengikut kelompok-kelompok ayam mengais pagi dan petang, sedangkan si helang boleh terbang di langit, bebas menikmati alam si helang yang sebenarnya.

Kelakar bukan, tetapi dalam cerita ini ada moral value yang tersirat. Janganlah kita jadi seperti
si helang yang hidup dalam kelompok si ayam, tetapi sebenarnya dia adalah helang yang boleh terbang tinggi. Si helang cuma harus menggerak-gerakkan sayapnya sedikit sahaja dan boleh terbang tinggi macam helang lain. Tetapi si helang masih tidak sedar.

Senang cerita, maksudnya, kita jangan sangka kita tidak boleh berjaya jika orang sekeliling kita tidak berjaya. Perlu giat berusaha untuk berjaya.
Jikalau kita di dalam kelompok yang miskin, tidak bermaksud kita tidak boleh jadi kaya seperti hartawan yang lain. Cuma perlu kuat berusaha dan yakin dengan sentiasa berdo’a pada Allah, insyaAllah akan menjadi hartawan terbilang seperti ‘Abd Rahman bin ‘Auf. Tidak kira dalam hal untuk menjadi kaya, atau cemerlang dalam pelajaran, agama dan sebagainya,
semua urusan hendaklah kembali pada Allah. Hanya perlu niatkan ikhlas kerana Allah dan untuk agamaNya, InsyaAllah, segala urusan dipermudahkannya.

Seperti kalam hikmah Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary dalam kitabnya Al-Hikam :

مَنْ أَشْرَقَتْ بِدَايَتُهُ أَشْرَقَتْ نِهَايَتُهُ
“Barangsiapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) penghabisannya”

Sebagai contoh, sebelum melakukan sesuatu, umpamanya ibadat, kita kembalikan segalanya pada Allah, niatkan di hati agar ikhlas keranaNya dan ingatan kita hanya pada Allah dan tidak pada duniawi, maka InsyaAllah pada akhirnya kita akan sampai kepada Allah, yakni 'ibadat diterima Allah.

So, marilah sama kita renungi kekhilafan diri. Mudah-mudahan cerita abang ana tuh menjadi suntikan vaksin agar kita jangan selamanya berada di bawah tempurung seperti katak atau dibelenggu masa silam yang gelap. Hendaklah bangkit selepas kegagalan. Bak kata sahabat ana, bukan mengalah, tetapi mengorak langkah untuk berjaya semula.

Permulaan (niat) yang baik insyaAllah berkesudahan yang baik.
Jom Renungi!..

1 comment:

  1. bestnye cite nih!!
    mg ade moral value..nak jadi ayam ke helang ek?

    jd ayam = istiqomah
    jd helang =hebat dlm kehidupannya

    well apa2 pon..nilai diri sdr meletakkan kita benar2 ditakuk yg mana??

    alislamun 'adzhim,la yahmiluhu illa al'uzhoma,fakun minal 'uzhoma
    (islam itu mulia,tidak akan datangnya islam tanpa org2 yg mulia,maka jadilah org yang mulia

    itulah stand kita selaku 'abd wa rajulun dakwah
    selamat mencuba menjadi org2 yg agung lg mulia =)

    ReplyDelete