Sunday, June 21, 2009

Mari belajar Bahasa 'Arab 3

Assalamu'alaikum..
kef halukum?? Apa khabar semua ?
Atamanna lakum fis sihhah wal 'afiah almustammirroh..Saya harap kamu semua dalam keadaan sihat yang berpanjangan. I hope you are well and in good health continuously.
( sila rujuk
entry Mari belajar Bahasa 'Arab 2 jika ingat-ingat lupa ye )

So, entry kali ini hanya ingin mengajar 3 kalimah yang sangat2 ringkas dan mudah diaplikasikan dalam tutur kata. Apakah kalimah2 itu ?
Baiklah, sebelum itu mari kita fikir2 semula, apakah yang akan kita jawab bila ada orang yang bertanyakan " Bagaimana dengan projek kamu ?" atau "bagaimana dengan aktiviti cuti kamu ?". Haa..mesti atau mungkin kita akan menjawab, " erm, oklah..not bad..projek berjalan dengan lancar " ataupun, " well, cuti ni seronok! semua hal okeyh! beres ! cool je..jalan seperti yang dirancang..hehe ". Tersenyum ceria kita bila semua hal yang kita rancang berjalan dengan lancar. Haa, dalam Bahasa Inggeris, "everything on the right track". Bahasa melayu dah taw nak jawab bagaimana, bahasa Inggeris pun kita boleh jawab if ada orang tanya, tp bagaimana dengan bahasa 'Arab ? Bahasa Al-qur'an ? Bahasa pertuturan Nabi kita, Muhammad s.a.w ?, so..3 kalimah ini mungkin akan membuat pak-pak 'Arab terkejut atau mak-mak 'Arab tercengang!..sebabnya kita taw menjawab sedikit-sedikit bahasa komunikasi mereka.

"عَلَى مَا يُرَام" = berjalan seperti yang dirancang/ on the right track.

Itulah 3 kalimah nya. Mudah bukan ? so, bila orang tanya kita, "bagaimana hal itu ?", "bagaimana cuti ?", "bagaimana result exam ?". OPS !.. so just say..

"alhamdulillah, عَلَى مَا يُرَام , aktiviti best! bla..bla..bla.."

Hehe, so selamat mempraktikkan sedikit kalimah-kalimah 'arab ye? Jangan terkejut pula kalau bila kita tanya kawan kita bagaimana itu dan ini, yang dijawabnya masyaAllah..kalimah arab tuh.."عَلَى مَا يُرَام"

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sedikit-sedikit belajar bahasa 'Arab, lama-lama pandailah.Bukan dalam mempelajari bahasa ini je, segala ilmu pun sama je alkisahnya. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, sedikit-sedikit belajar lama-lama pandailah + kene praktik selalu. Bukankah manusia itu Allah kurniakan sama je akalnya, semua orang disekeliling kita pandai, cumanya kerana adanya sikap malas dan bertangguh-tangguh, maka ada lah istilah TAK PANDAI laa, TAK HEBAT laa..TAK RETI laa..so, renung-renungkan yah?

Akhirnya, do'akan task practical ana "عَلَى مَا يُرَام", sedang pulun-pulun siapkan task LI ni (latihan industri).. okeyh!..wish all of u best of luck!..Allah ta'ala 'alam..Chayok! =D


2 comments:

  1. Terrer nye Jiah berbahasa 'Arab.. Bleh ajar abg, mase SPM dulu abg kantoi Bahasa 'Arab Tinggi.. Huhu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..puja puji hanya utk Allah..hehe..well, jiah xterror pun..nanti kite pakat2 mai kelas ust enid nak..sifu jiah ust enid..hee

    ReplyDelete