Monday, June 22, 2009

Hanya yang berharga itu yang dilindungi...

"Setiap yang berharga itu pasti dilindungi"
-Najiah said-

Seperti ayah yang akan melindungi keluarganya
Seperti suami yang akan melindungi isterinya
Seperti abang yang akan melindungi adiknya
( bak kata abg ana, "akukan abg", eceh! Lantas ana pun jawablah, "akukan adik,hee" )
Seperti pemimpin melindungi orang dibawah pimpinannya
( negara kita ? )
Seperti ulama melindungi agama Allah...
Umpama Allah melindungi Al-Qur'an Al-karim dari diubah2

Kerana sesuatu yang dilindungi itu adalah sesuatu yang sangat berharga, sangat disayangi setulus hati, perlu diberi perhatian lebih kerana takut tercemar dengan anasir-anasir jahat, takut mendatangkan fitnah pada mereka yang disayangi..kerana itu lah kita akan melindungi mereka yang kita sayangi..kerana ia cuma hanya satu, dan itu sahaja peluang yang kita dapat, anugerah kurniaan Allah buat hambanya dengan di beri kasihNya melalui rasa-rasa bahagia memiliki apa yang dicita hambanya dan diidamkannya.

Justeru itu, suatu persoalan timbul, apabila diri meniliti keadaan sekeliling, lantas bertanya,
"Apakah manusia itu tidak mensyukuri ni'mat iman dalam dirinya ??"
"Apakah iman itu tiada nilai disisi kita ??"
"Apakah iman hanya sebagai iman ?? tidak perlu dilindungi ??"
"Apakah iman bukan sesuatu ni'mat yang sgt2 berharga ??"
"Bukan kah ia tidak dapat dijual beli di pasaraya.."
"Bukankah iman cuma hanya satu, hilangnya iman dalam diri, maka musnahlah diri"

Renung-renungkanlah. Apakah kita benar-benar menghargai satu-satu ni'mat kurniaan Allah ta'ala yg sangat berharga ini. Apakah kita sentiasa mengambil langkah menggilap iman, mengkilatkan iman, agar tetap terserlah dan bercahaya-cahaya menyinari hidup. Apakah kita tidak mengupah "pak guide" utk menjaga iman kita dari dirompak dan dicuri oleh tangan-tangan jahat yg memang tak suka melihat islam itu dianuti oleh mereka yang punya iman dalam diri.

Maka, ku menyeru setiap diri agar menjaga iman dalam diri masing-masing. Iman itu tidak dapat diwarisi sama sekali walaupun ayah, emak atau keluarga adalah mereka-mereka yang beriman. Sekiranya mereka tidak beriman, iman tetap boleh dicari dengan usaha gigih mengenal ape itu iman. " Tak kenal.. maka, mana mungkin dapat cinta"

Bajailah iman dalam diri dengan taqwa kepada Allah, suburkan iman dengan amal ma'ruf nahi mungkar, kalau tidak mampu menyeru kepada kebaikan di kalangan masyarakat umum, maka serulah keluarga kamu, kalau tidak mampu maka diri kamu lebih utama. Sirami
iman itu dengan lantunan kalam-kalam cintaNya. Janganlah cuba-cuba mengeraskan hatimu dengan tidak membaca Al-qur'an sedangkan hatimu adalah lembut pada awalnya utk menerima nasihat-nasihat dr Al-qur'an apabila sahaja kamu pertama-tama diucap La ilaah haillallah ke telingamu apabila lahir ke dunia ini.

Jadi mulakanlah dari saat ini, sekarang ini! jangan tunggu2 lagi takut-takut iman lari diambil orang. Baru padan muka kita. Bulan Rejab iaitu bulan Allah bakal tiba, diikuti bulan Syaa'ban bulan Nabi Muhammad s.a.w, nabi kita, seterusnya bulan Ramadhan iaitu bulan kita, bulan umat nabi Muhammad s.aw. Maka perbanyakkanlah 'amal di bulan-bulan yang bakal menjelma ini.

فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ‌‌ۖ 
Maksudnya : " Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya
( dengan berfirman ),'Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan '." (Surah Ali Imran,3 : 195)


Selamat menyambut bulan Rejab, Syaa'ban dan Ramadhan dari ana. Apa yang perlu diganti, gantilah cepat2, karang terlambat pula. Last kalam,

IMAN cuma hanya satu, IMAN sgt2 lah berharga, maka lindungilah IMAN yang kamu miliki ini.. IMAN bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa, kemilau warnanya bak cahaya menyuluh hidup seluruh manusia.. IMAN letaknya di hati, suburkanlah dengan ilmu, bajainya dengan zikrullah, Dia menunjukkan kita jalan diredhai Allah, IMAN lah harta yang paling berharga..

Pedoman Hidup dlm 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia, Be a Happiest Woman'
by Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni (pengarang la tahzan)
Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sekali-kali mengaku kalah denganNya

" Bermohonlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkan permintaanmu."
-kalam cinta dari Allah-

"Pak Guide DURI" menjaga ros dr tgn2 jahat, "Pak Guide IMAN"??
"Pak Guide IMAN" hanya kamulah yang pelihara iman itu..



No comments:

Post a Comment