Seperti ayah yang akan melindungi keluarganya Seperti suami yang akan melindungi isterinya Seperti abang yang akan melindungi adiknya ( bak kata abg ana, "akukan abg", eceh! Lantas ana pun jawablah, "akukan adik,hee" ) Seperti pemimpin melindungi orang dibawah pimpinannya ( negara kita ? ) Seperti ulama melindungi agama Allah... Umpama Allah melindungi Al-Qur'an Al-karim dari diubah2
Kerana sesuatu yang dilindungi itu adalah sesuatu yang sangat berharga, sangat disayangi setulus hati, perlu diberi perhatian lebih kerana takut tercemar dengan anasir-anasir jahat, takut mendatangkan fitnah pada mereka yang disayangi..kerana itu lah kita akan melindungi mereka yang kita sayangi..kerana ia cuma hanya satu, dan itu sahaja peluang yang kita dapat, anugerah kurniaan Allah buat hambanya dengan di beri kasihNya melalui rasa-rasa bahagia memiliki apa yang dicita hambanya dan diidamkannya.
Justeru itu, suatu persoalan timbul, apabila diri meniliti keadaan sekeliling, lantas bertanya, "Apakah manusia itu tidak mensyukuri ni'mat iman dalam dirinya ??" "Apakah iman itu tiada nilai disisi kita ??" "Apakah iman hanya sebagai iman ?? tidak perlu dilindungi ??" "Apakah iman bukan sesuatu ni'mat yang sgt2 berharga ??" "Bukan kah ia tidak dapat dijual beli di pasaraya.." "Bukankah iman cuma hanya satu, hilangnya iman dalam diri, maka musnahlah diri"
Renung-renungkanlah. Apakah kita benar-benar menghargai satu-satu ni'mat kurniaan Allah ta'ala yg sangat berharga ini. Apakah kita sentiasa mengambil langkah menggilap iman, mengkilatkan iman, agar tetap terserlah dan bercahaya-cahaya menyinari hidup. Apakah kita tidak mengupah "pak guide" utk menjaga iman kita dari dirompak dan dicuri oleh tangan-tangan jahat yg memang tak suka melihat islam itu dianuti oleh mereka yang punya iman dalam diri.
Maka, ku menyeru setiap diri agar menjaga iman dalam diri masing-masing. Iman itu tidak dapat diwarisi sama sekali walaupun ayah, emak atau keluarga adalah mereka-mereka yang beriman. Sekiranya mereka tidak beriman, iman tetap boleh dicari dengan usaha gigih mengenal ape itu iman. " Tak kenal.. maka, mana mungkin dapat cinta"
Bajailah iman dalam diri dengan taqwa kepada Allah, suburkan iman dengan amal ma'ruf nahi mungkar, kalau tidak mampu menyeru kepada kebaikan di kalangan masyarakat umum, maka serulah keluarga kamu, kalau tidak mampu maka diri kamu lebih utama. Sirami iman itu dengan lantunan kalam-kalam cintaNya. Janganlah cuba-cuba mengeraskan hatimu dengan tidak membaca Al-qur'an sedangkan hatimu adalah lembut pada awalnya utk menerima nasihat-nasihat dr Al-qur'an apabila sahaja kamu pertama-tama diucap La ilaah haillallah ke telingamu apabila lahir ke dunia ini.
Jadi mulakanlah dari saat ini, sekarang ini! jangan tunggu2 lagi takut-takut iman lari diambil orang. Baru padan muka kita. Bulan Rejab iaitu bulan Allah bakal tiba, diikuti bulan Syaa'ban bulan Nabi Muhammad s.a.w, nabi kita, seterusnya bulan Ramadhan iaitu bulan kita, bulan umat nabi Muhammad s.aw. Maka perbanyakkanlah 'amal di bulan-bulan yang bakal menjelma ini.
فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ Maksudnya : " Maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya ( dengan berfirman ),'Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, sama ada lelaki atau perempuan '." (Surah Ali Imran,3 : 195)
Selamat menyambut bulan Rejab, Syaa'ban dan Ramadhan dari ana. Apa yang perlu diganti, gantilah cepat2, karang terlambat pula. Last kalam,
IMAN cuma hanya satu,IMAN sgt2 lah berharga,maka lindungilah IMAN yang kamu miliki ini..IMAN bagaikan emas permata,letaknya di dalam jiwa,kemilau warnanya bak cahaya menyuluh hidup seluruh manusia..IMAN letaknya di hati,suburkanlah dengan ilmu,bajainya dengan zikrullah,Dia menunjukkan kita jalan diredhai Allah,IMAN lah harta yang paling berharga..
Pedoman Hidup dlm 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia, Be a Happiest Woman' by Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni (pengarang la tahzan) Sekali-kali jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu, pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sekali-kali mengaku kalah denganNya
" Bermohonlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkan permintaanmu." -kalam cinta dari Allah-
"Pak Guide DURI" menjaga ros dr tgn2 jahat, "Pak Guide IMAN"?? "Pak Guide IMAN" hanya kamulah yang pelihara iman itu..
Assalamu'alaikum.. kef halukum?? Apa khabar semua ? Atamanna lakum fis sihhah wal 'afiah almustammirroh..Saya harap kamu semua dalam keadaan sihat yang berpanjangan. I hope you are well and in good health continuously. ( sila rujuk entry Mari belajar Bahasa 'Arab 2 jika ingat-ingat lupa ye )
So, entry kali ini hanya ingin mengajar 3 kalimah yang sangat2 ringkas dan mudah diaplikasikan dalam tutur kata. Apakah kalimah2 itu ? Baiklah, sebelum itu mari kita fikir2 semula, apakah yang akan kita jawab bila ada orang yang bertanyakan " Bagaimana dengan projek kamu ?" atau "bagaimana dengan aktiviti cuti kamu ?". Haa..mesti atau mungkin kita akan menjawab," erm, oklah..not bad..projek berjalan dengan lancar " ataupun, " well, cuti ni seronok! semua hal okeyh! beres ! cool je..jalan seperti yang dirancang..hehe ". Tersenyum ceria kita bila semua hal yang kita rancang berjalan dengan lancar. Haa, dalam Bahasa Inggeris, "everything on the right track". Bahasa melayu dah taw nak jawab bagaimana, bahasa Inggeris pun kita boleh jawab if ada orang tanya, tp bagaimana dengan bahasa 'Arab ? Bahasa Al-qur'an ? Bahasa pertuturan Nabi kita, Muhammad s.a.w ?, so..3 kalimah ini mungkin akan membuat pak-pak 'Arab terkejut atau mak-mak 'Arab tercengang!..sebabnya kita taw menjawab sedikit-sedikit bahasa komunikasi mereka.
"عَلَى مَا يُرَام"= berjalan seperti yang dirancang/ on the right track.
Itulah 3 kalimah nya. Mudah bukan ? so, bila orang tanya kita, "bagaimana hal itu ?", "bagaimana cuti ?", "bagaimana result exam ?". OPS !.. so just say..
"alhamdulillah,عَلَى مَا يُرَام, aktiviti best! bla..bla..bla.."
Hehe, so selamat mempraktikkan sedikit kalimah-kalimah 'arab ye? Jangan terkejut pula kalau bila kita tanya kawan kita bagaimana itu dan ini, yang dijawabnya masyaAllah..kalimah arab tuh.."عَلَى مَا يُرَام"
Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sedikit-sedikit belajar bahasa 'Arab, lama-lama pandailah.Bukan dalam mempelajari bahasa ini je, segala ilmu pun sama je alkisahnya. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, sedikit-sedikit belajar lama-lama pandailah+ kene praktik selalu. Bukankah manusia itu Allah kurniakan sama je akalnya, semua orang disekeliling kita pandai, cumanya kerana adanya sikap malas dan bertangguh-tangguh, maka ada lah istilah TAK PANDAI laa, TAK HEBAT laa..TAK RETI laa..so, renung-renungkan yah?
Akhirnya, do'akan task practical ana "عَلَى مَا يُرَام", sedang pulun-pulun siapkan task LI ni (latihan industri).. okeyh!..wish all of u best of luck!..Allah ta'ala 'alam..Chayok! =D
Lama sungguh diri ini tidak meng'Update' tinta dan ukhuwah. Iman yang kekadang naik turun adakalanya perlu dididik dengan keras, dipaksa utk mendapatkan 'sakina' dariNya. Setiap dari kita punya masalah diri, kekadang dihantui masa silam yang gelap dan suram tak bercahaya. Maka janganlah kita asyik menoleh ke belakang, kerana pasti tidak bersuluh hidup ini. Umpama mereka yang dalam 'blackout' tapi duduk statik di suatu tempat tidak bergerak dan berusaha mencari lampu, maka apabila bahaya datang, dia tidak sedar, seperti ular tetiba melingkar datang ataupun ada kaca bersepah tidak disedari. Maka yang parahnya adalah diri kita sendiri. Ambillah langkah drastik untuk segera mencari sinar cahaya itu, agar kita tidak terus terjatuh berulang kali dek kealpaan dan kemalasan diri dalam meng'Update' iman dan mencari ubat bagi hati dan jiwa yang kosong.
"Look ahead, never look back, coz maybe u'll follow the flow of the darkness ". Kata-kata azimat sahabat ana ini tidak akan ana lupakan malah kata-kata ini jugalah kekadang menjadi sumber kekuatan. Terima kasih buat sahabatku. Keberadaan mu disisi sentiasa ku hargai. Semoga dirimu mendapat limpahan rahmat dan berkah dari Allah.
Justeru, kenapa kita perlu menoleh kebelakang ?? 'Jangan Pandang Belakang!' , sampaikan filem supaya jangan menoleh kebelakang juga dikeluarkan, tapi apakah ada kesan positif dalam diri kita untuk merealitikan ia dalam kehidupan sebagai seorang hamba yang penuh noda dosa ?
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun pada hambanya. Rahmatnya sangat meluas tak terkira. Janganlah kite terus-terusan menzalimi diri. Apakah kita orang yang zalim? Ya! kerana kita asyik leka dan alpa, hari-hari menjerumuskan diri, mendekatkan malah melajukan langkah menuju siksaanNya. Kerana itulah ia dikatakan menzalimi diri. Justeru itu ingatilah sabda Rasulluah s.a.w ini sebagai panduan pedoman kita ;
أتْبِعِ السَّيِّئَة الحَسَنَةَ تَمْحُهَا maksudnya : " Ikutlah keburukan itu dengan kebaikan, maka kebaikan akan menghilangkan keburukan tadi." (Diriwatkan oleh Thabrani)
Semoga diri kita dikurniakan umur yang panjang dalam ketaatan bukan dalam kemaksiatan. Amin. Ingatilah duhai diri dan sahabat2, manusia itu ada 4 golongan :
1) Manusia yang dijadikan Allah untuk berkhidmat kepada Allah dan untuk ahli syurga. Mereka itulah para nabi, Waliyullah, orang2 beriman dan orang2 soleh.
2) Manusia yang Allah jadikan bukan untuk berkhidmat padaNya tetapi untuk mengisi surgaNya. Mereka itulah orang2 kafir yang pada akhir hembusan nafasnya beriman kepada Allah ataupun orang Islam yang masa hidupnya bergelumang dengan kemaksiatan tetapi akhirnya mati dalam aqidah tauhid serta taubatnya diterima Allah.( Dalam erti kata lain mendapat husnul khotimah = penutup yang baik.)
3) Manusia yang Allah jadikan bukan untuk berkhidmat kepadaNya bahkan bukan juga untuk menjadi ahli syurgaNya. Merekalah orang-orang yang kafir yang hidup matinya kufur dan tidak menganut agama Islam.
4) Manusia yang Allah jadikan untuk berkhidmat padaNya tetapi tidak mendapat syurgaNya. Merekalah yang hidup dengan banyaknya melakukan amal soleh tetapi tidak mengakhiri akhir hayatnya dengan pegangan tauhid dan iman yang kukuh kepada Allah s.w.t.( mendapat suul khotimah = penutup yang tidak baik )
Takutilah wahai diri2 agar tidak tergolong dalam golongan yang ke-4 ini. Sebab itu dianjurkan kita agar selalu tidak lupa memohon husnul khotimah dan memohon perlindungan dari mendapat suul khotimah dalam setiap do'a kita.
Maksudnya : Ya Allah, akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Beruntunglah kita kerana kita masih di dalam ni'mat iman dan Islam tetapi awas! Kita sama sekali tidak tahu rencanaNya yang telah diatur siap2 untuk kita sejak azali. Maka hendaklah selalu berdo'a agar hidayahNya tetap diberikan utk kita dalam ni'mat menjadi seorang Islam yang Mu'min ( beriman).
Maksudnya : Ya Allah ya tuhan kami, janganlah kiranya engkau pesongkan hati-hati kami sesudah engkau kurniakan kepada kami petunjuk, dan anugerahkanlah kami rahmatmu ya Allah..sesungguhnya engkau tuhan yang Maha pengurnia
Dan janganlah pula kita berleka-leka kononnya akan tergolong dalam golongan ke-2 dengan bersenang lenang menzalimi diri dan menangguh-nangguh mengisi hati dan jiwa dengan suruhanNya dan untuk mendapat taufiq hidayahNya. Dalam erti kata lain, janganlah kita sangka kita bakal mendapat husnul khotimah sambil diri leka dan terus leka konon bakal tergolong dalam golongan ke-2 ini, kerana takut-takut bukan husnul khotimah yang diperoleh sebaliknya suul khotimah.Na'uzubillahi min zalik ya Allah..amin
Al-Qur'an dan hadith banyak sekali memperingatkan kita perihal hal ini. Maka hendaklah sentiasa kita jadikan kedua sumber ini rujukan kita yang paling utama dan bukan dengan meletak tinggi2 kedua-dua sumber ini di atas almari tapi tidak menyentuhnya sebaliknya dilitupi debu2 sehingga boleh dibuat tayamum kiranya, bukan sahaja pula dengan menyentuhnya tetapi hendaklah dibaca selalu, bukan pula hanya dengan membaca tetapi perlu dihayati maknanya, dan bukan pula dengan hanya membaca tafsirnya dan menterjemah sendiri tetapi perlu berguru dengan para ilmuwan yang arif dalam bidang2 ini. Ini kerana membaca tanpa berguru umpama berguru dengan syaiton kerana setiap dari kita mempunyai pemahaman yang berbeza apabila mentakrifkan sesuatu, apatah lagi untuk mentafsir Qur'an Al-karim dengan sewenang2nya kerana ayat-ayatnya ada pelbagai bentuk. Umpamanya ada yang majaz ( berkias yakni hanya Allah ta'ala yang maha mengetahui perihalnya )
Justeru itu, Allah telah memperingatkan dalam surah Toha, 20 : 74-76, agar kita tidak leka dengan syurga dunia ini.
Maksudnya : Sesungguhnya barangsiapa datang kepada tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya Neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.
*Maksud "tidak mati" ialah dia selalu merasakan azab dan maksud "tidak hidup" ialah hidup yang dapat dipergunakannya untuk bertaubat.
Maksudnya :Dan barangsiapa datang kepada tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah ber'amal soleh, maka mereka itulah orang yang memperoleh tempat-tempat tinggi (mulia).
Maksudnya : (iaitu) Syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih ( dari kekafiran dan kemaksiatan)
Semoga kalam-kalam cintaNya yang penuh hikmah ini menjadi sumber inspirasi kita agar sentiasa memperingati detik kematian. Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa ingat kematian. Mereka bersiap sedia setiap masa, tidak membuang masa. Siangnya bekerja kuat seakan-akan hidupnya berjuta tahun lagi dan malamnya beribadat sebanyak-banyaknya seakan esoklah kematiannya. Maka takutilah kita akan kematian yang dalam kemaksiatan akan tetapi teguhkan hati akan balasan baik yang menanti kita jika kita terus berusaha menginsafi dan membersihkan diri kerana Allah suka sekali pada mereka yang membersihkan diri.Tingkatkan ilmu duniawi seimbang dengan ukhrawi seterusnya praktikkan ia dalam amalan harian
because Islam is not just Islam, Islam is the way of life.
Sentiasalah berdo'a. Bukankah do'a senjata dan kekuatan kita. Bersihkanlah dirimu. Tiada istilah terlambat selagi maut belum menjemputmu.~
p/s : Tanda tanya ????!! Kenapa perlu kita ingat yang buruk-buruk pada orang-orang yang sudah berubah? Bukankah lagi baik kita bersangka baik dan memaafkan kesalahannya. Tidak semestinya mereka adalah kelompok yang tidak baik dan tidak semestinya kita di pihak yang baik. Bersangka baiklah..kita merancang tetapi perancangan Allah lagi hebat. Redha la setiap ketentuanNya kerana kita hanya hambanya yang lemah dan ingatlah hanya Allah yang mengetahui lebih dalam tentang ana mahupun antum semua. Allah jualah yang maha tahu buruk baik ana mahupun antum semua. Jadi bersangka baiklah pada semua orang di sekeliling kalian. Sungguhpun dahulunya mereka pernah melakukan kesalahan. Kita juga pernah melakukan kesalahan. Tiada manusia yang tidak pernah buat silap dan salah. Jadinya, ma'afkanlah semua orang disekeliling kita ye..ok? InsyaAllah..