Friday, September 30, 2011

Rintihan Cinta. Indahnya malam bersamamu.

Mata yang terpejam, tiba-tiba terbuka celik.
Jam di handphone Sony Ericson K510i di tangan. "Ohh..pukul 1:08 am, semua dah tidur ni", monologku sendirian.
Bangkit ku untuk mengambil wudu' dan tidur semula.
Teringat pesan ibu dan ayah. "Wudu' sebelum tidur dan baring pembaringannya ke kanan."
Tak pernah ku lupa pada wasiat mereka.
Nyamuk banyak malam ni. Selesai membunuh semua nyamuk dengan kuasa Ridsect, niatku hanya satu, tidur semula."Nanti bangun lagi la lagi" niat hatiku.

Malam terlalu hening, sunyi dan damai. Tapi semua itu tak mampu menenangkan hatiku.

C.I.N.T.A. M.A.N.U.S.I.A sangat penat...zaman silam seakan-akan melambai-lambai. Sengaja memangggil-manggil ingatanku agar ingat kepada takdir yang telah berlaku. Aku redha.

Aku teringat sahabatku. Pening, resah gelisah hatiku

Seperti terkena electric shock lagakku, bingkas bangun wahai diri yang sedang hanyut dengan leka! Astaghfirullah...Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Solat dan Qur'an tetap dua benda yang sering jadi ubat untuk tenang kan hati.
Rintihan cintaku.

"Tuhan, andai ini namanya cinta, andai kau izinkan ku jatuh cinta lagi, jatuh cintakan aku pada manusia yang mengajakku bercinta denganMu.
Tuhan, jangan pula cinta yang hadir membuat aku lupa, alpa, lalai dan leka mengingatimu.
Tuhan, jangan pula cinta yang hadir ini lebih ingin aku gapai dari cinta agungmu yang hakiki.
Tuhan, pelihara apa yang kau hadirkan dalam hatiku.
Tuhan, aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Hanya engkau aku mengadu dan berserah diri, kerana kau cinta agungku.
Tuhan, engkaulah yang lebih ingin aku cintai dari segala apapun di dunia ini.
Tuhan, jangan lah kiranya urusan akhirat dan cinta pada mu dibutakan oleh  urusan dunia yang melalaikan.
Tuhan, apalah ertinya cinta yang membuat aku leka mengingatimu. Astaghfirullah."

Banyak nya dugaan ku untuk hijrah kembali pada mu.
Ampunkan dosaku dan hadirkan ketenangan di kala ini.

Speechless. Terlalu banyak ingin ku ngadu. Aku tak ingin dilekakan sama sekali dengan dunia. Banyak lagi benda lebih penting patut ku ingati. Amal ku selama hidupku, bekalan ku ke sana lebih wajar aku khuatiri dari semua benda ngarut-ngarut ini. Astaghfirullah. Menangis. Hatiku terus-terusan mengadu. Semakin ku ngadu, semakin ku menangis, semakin pula damai itu hadir.
Indahnya malam ni. Aku bersyukur dikejutkan tatkala semua sedang lena.




Memang dalam hijrah yang baru, pasti akan ada yang menganggu. Itulah ujian dan dugaan dari tuhan. Menduga kita apakah benar kita sedang berhijrah dengan hijrah yang sebenar-benar.

3 comments:

  1. keep writing, neva give up!.. :-)

    ReplyDelete
  2. Cinta Agung.


    https://youtu.be/f0j_9F9_rX0

    ReplyDelete
    Replies
    1. My favourite song too...thanks for sharing...

      Delete