Sunday, September 25, 2011

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim, aku berhijrah~

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim.
Aku melangkah....
Pintu silam tertutup. Entah kali ke berapa pintu ini tertutup dan terbuka dan tertutup semula.
Terbentang di hadapanku kini pintu harapan dan keampunan.
Entah kali ke berapa pintu ini tertutup dan terbuka dan tertutup semula.
Aku diam. Tangis ku hening. Jiwa yang telah kotor dicalari dengan noda-noda kehidupan.
Aku menangis lagi. Bagai makin deras air mata ini mengalir.
Sekejap itu juga lah, terbayang-bayang dosa-dosaku selama 23 tahun aku duduk dan tinggal diam-dian dan leka-leka di bumi Allah.
"Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah...Ya Allah..bantuku dalam mententeramkan jiwaku ini ya tuhan. Kenapakah hati ini sangat gersang dan kosong, kering kontang ku rasa..Astaghfirullah..Astaghfirullah..", jerit batinku yang semakin tenat.

Dimana doktor ketika ini?
Aku sangat perlu kepada seorang doktor.
Line 999 terus buzy melayan urusan-urusan zahir manusia. Sedang talian apakah untuk batin yang sedang derita??..
"Arggggghhh!!..Rimas!.." Terus ku menangis.

Tiba-tiba Opick datang menyapa. Sayup-sayup suara itu mendamaikan seluruh pancainderaku.

Tombo ati, iku limo perkarane~Kaping pisan, moco Qur'an lan maknane~
Kaping pindo, sholat wengi lakonono~
Kaping telu, wong kang sholeh kumpulono~
Kaping papat, kudu weteng ingkang luwe~
Kaping limo, dzikir wengi ingkang suwe~
Salah sawijine sopo biso ngelakoni, mogi-mogi gusti Allah nyembadani~


Obat hati, ada lima perkaranya, yang pertama baca Qur'an dan maknanya..
Yang kedua solat malam dirikanlah..
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh..
Yang keempat perbanyaklah berpuasa..
Yang kelima dzikir malam berpanjanglah..
Salah satunya siapa bisa menjalani, moga-moga Allah ta'ala mencukupi..

Saat habis lagu itu kedengaran, automatik minda merakam satu satu bait-bait lirik ubat hati.
Aku repeat dalam kepala.

Ubat hati 5 perkara :

1) Baca Qur'an + makna. "ermm.."
2) Solat malam. "Tahjud la tuh and etc2."
3) Berkumpul dengan orang soleh. "Ahh..dengar ceramah, hadir komuniti Islam la ni." Senyum.
4) Banyakkan puasa. "Ohh.." Angguk-angguk.
5) Zikir malam banyak-banyak."Ok!"

Monologku dalam hati sendirian. Senyum lagi. InsyaAllah!
Aku teringat pesan ibu dan ayah.
"Dalam dunia ni, tak ada satu pun yang akan terjadi kalau bukan Allah yang izinkan. Kalau kita nak buat dosa, buat dosa jugalah kita sebab Allah izinkan. Kalau kita nak buat amal, tak kan kita dapat buat amal tu kalau bukan Allah yang izinkan. Hidup kita, mati kita dalam iman atau kufur, semua tak kan berlaku tanpa izin Allah. Kembali kita kepada Allah dengan bertaubat juga tak akan jadi kalau bukan Allah izinkan. Pokoknya, Allah izin, baru kita dapat berhasil buat sesuatu buruk atau baik."

Erm, maknanya aku tiba-tiba nangis dan sayu dan rasa ingin ketenangan dan Allah ilhamkan Opick juga dengan izin Allah. Allah memberi peluang untukku lagi la ni. Astaghfirullah. Maha pengampunnya tuhanku. Maha lembutnya tuhan ku. Maha pemurah pengasih dan penyayangnya tuhanku. Padahal aku ini sangat berdosa sekali menjadi hambanya yang jarang-jarang dan tak konsisten mengingatinya. Astaghfirullah..

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim. Aku berhijrah keranamu.
Semoga hijrah ku sentiasa kau temani.

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim. Aku melangkah keranamu.
Semoga kau lindungi langkahku ya tuhan.
Amin.


No comments:

Post a Comment