Tuesday, September 15, 2009

- Cinta DIA VS Cinta MANUSIA -


Si A tetiba meluahkan rasa pada diriku. Dapat ku agak apa yang menggangu emosinya. Sah!.. "CINTA MANUSIA"..hmm..Aku dikelilingi mereka-mereka yang sering dilamun CINTA MANUSIA..ahhh...agak sukar menstabilkan diri mendengarnya, tapi kerana sayangkan mereka, aku cuba menjadi pendengar yang terbaik. Di sebalik cerita, pasti ada moral value yang akan tiba2 terdetik di minda menjadi sumber untuk sentiasa muhasabah cinta pada yang selayaknya..

Kekadang, diri sedih. Bukan hanya kerana mereka tetapi kerana diri seolah-olah merasai apa yang mereka rasa. Sedih kerana cinta manusia itu lagi utama dan diidamkan dari CINTA DIA yang entah berapa banyak curahan kasih dan ni'mat yang tidak terhingga untuk kita semua.
Namun, Cinta Manusia itu yang tetap dicari. Bukan mengatakan ia nya salah. Memang lumrah manusia itu mempunyai rasa kasih dan sayang, kerana itu kita bergelar manusia. Kalau tidak, pasti darjat kita sama seperti BINATANG yang juga mempunyai kasih dan sayang tapi tidak punya akal seperti manusia. Kerana itu, hendaklah kita menilai rasa kasih yang timbul itu dengan berfikir menggunakan akal sehingga kita dapat merasa bahawa Allah sangat kasih pada kita kerana diizinkannya mengecapi rasa bahagia yang sekejap cuma itu.

CINTA MANUSIA itu kurniaan Allah, maka mengapa kita manusia, sering lupa pada DIA selaku pemberi cinta itu?? (memetik kata-kata dari ceramah mengenai cinta manusia di USM)..hm..
fikir-fikirkanlah. Duhai Sahabat2 yang sgt ku hormati..pendapat diriku mengenai cinta manusia :

1) CINTA yang meletihkan dan memenatkan. Ketika ini, iman diuji siapakah yang lebih kita cintai. Diri sendiri, si dia, atau DIA?? Pada ketika ini, semua perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan hendaklah bergantung pada niat. Adakah niat kita berubah kerana ALLAH s.w.t atau si dia. Renung-renungkanlah. Bila kita dalam kondisi ini.. hendaklah kita jadi orang yang betul-betul kembali pada Allah. Bimbang emosi tidak terkawal.

2) CINTA yang sementara. Hakikat cinta yang KEKAL ABADI adalah cinta miliknya. Memetik bukuku yang tiba2 tertulis kalam ini.." Cinta yang hak hanya milikNya..kerana dia yang berhak untuk meletakkan Cinta untuk kita..-Cinta utk kehidupan-.."..

Justeru, apa yang wajar kita lakukan. Ucapku pada si A, " Heeh..SABISHI la ni..( sabishi = lonely), hm..nak cakap camne erk..Benda ni kecik je..mula-mula mg sabishi, tapi cuba kita sandarkan betul2 harapan kita pada Allah. Penat fikir benda kecik-kecik ni."

Kata-kata tambahan buat sahabat2 :

1) Sandarkanlah cinta itu pada Allah..
2) Sabarlah..YANG TERBAIK HANYA UNTUK YANG TERBAIK. Sungguhpun diri terasa banyak salah dan silapnya, tapi apakah kita akan berterusan menjadi sebegitu, sedang Allah berulang kali dalam kalam cintanya adalah tuhan yang MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG..Usahalah untuk menjadi yang terbaik, baru kita dapat yang terbaik. Ada ke orang yang tak study tiba-tiba dapat MUMTAZ, cemerlang giler2 dalam examnye?? Mustahil berlaku dari segi logik akal. ( walaupun hakikatnya ia tidak mustahil di sisi Allah). Sedangkan makan perlu bersuap dan buka mulut apatah lagi yang seumpama dengannya.
Senang cerita, usaha mana kita buat, banyak itulah hadiah kita..Apa yang penting, tanamkan dalam diri.." Aku nak orang yang macam ni, macam tuh..pandai ini, pandai itu.. makanya aku perlu berubah untuk jadi yang terbaik..kerana Allah..dan demi menjadi Ibu atau Ayah yang mampu mencorakkan anak dengan colour yang indah2.. demi menjadi pejuang Islam, sebagai pelaburanku di akhirat kelak". Terimalah mereka seadanya. Jangan mengidam yang tak pasti sedang diri banyak lagi khilafnya.
3) Apapun..apabila kita sudah tidak stabil emosi, kembalilah pada Allah. Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.....( istikhoroh boleh, baca qur'an boleh..solat hajat boleh..Allah kan maha mendengar..merintih dan merayulah pada Allah)

Demikianlah sedikit nasihatku buat sahabat2. Menasihati orang memang senang, tapi bila terkena pada diri sendiri..Allahuakbar..alhamdulillah dan moga kita semua terus dikuatkan dalam iman dan Islam..Sedaya upaya kita mengenal diri sendiri..dan dari itu, Sandarkan sepenuh harapan kita pada Allah..

Kekadang diri terfikir. Betapa kita bergantung harap pada manusia yang sama2 diberi Allah ni'mat dan rezeki..yang juga perlu kepada Allah. Jadi mengapa kita perlu berharap pada yang tidak pasti, malah tidak kekal..Pandai-pandailah nasihat diri kalian sendiri.. Allah tetap di sisi kita walaupun kita sebagai manusia seringkali lupa pada DIA..namun tidak pernah sekali Allah timpa kita azab serta merta..malah didikan dan tarbiyah dari Allah terus dikurnia buat hamba2 yang dahagakan Cinta Allah lebih dari CINTA MANUSIA..

Kata untuk direnungi..

- Penat + sabar + harapan yang tak pernah putus + sedih + risau apakah keredhaanNya atau kemurkaanNya yang diperoleh = Apakah penghujung pengakhiran itu?? ( pasrah dalam sujud dan do'a )

Manusia apabila telah mencintai sesorang maka begitu asyik dengan cintanya..sehingga lupa siapa yang memberi cinta itu, sehingga lupa keburukan orang yang dicintai..Maka apabila Allah uji imannya dengan ditarik ni'mat cinta itu, menjadi-jadilah dia akibat parah kerana terkena bisa cinta itu..maka Nabi S.A.W bersabda, "Cintailah orang kau cintai sewajarnya sahaja, kerana boleh jadi ia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari nanti. Bencilah orang yang engkau benci sewajarnya sahaja, kerana boleh jadi ia menjadi orang yang kau cintai pada suatu hari nanti ! "..Sesungguhnya Islam menuntut kesederhanaan dalam semua perkara hatta apabila ia melibatkan CINTA MANUSIA. Keredhaan Allah jualah yang sewajarnya kita kejar dan cari, moga keredhaanNYA jualah dalam cinta yang dianugerah pada kita semua..InsyaAllah..

Tenang-tenanglah kita yah..Teruskan mencari-cari ketenangan itu, walau bukan senang, walau betapa kita diuji sekalipun..kerana UJIAN itu adalah tarbiyah Allah utk kita semua dari Allah kerana DIA begitu sayang pada kita..

1 comment:

  1. Thank Cik Jiah..terbuka dan tenang minda saya bila baca story2 kat blog awak.. especially with background music yang tenang :).. keep it up.. dont give up! Salam..

    ReplyDelete