Friday, January 3, 2014

Wanita Neraka yang rindukan Syurga Ilahi (Episode 1)

Bismillahhirrahmanirrahim...


Bicara hati membuka tirai 2014.

"2013 menyimpan berjuta kenangan. Segunung dosa. Banyaknya ya Allah. Iman senipis kulit bawang". Monolog hatiku. Sayu, pilu, sedih, terkilan. Semuanya ada. Yang manis itu racun. Yang pahit itu ubat. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Yang terjadi sudah pun terjadi.

Nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Eh, banyak pula ayat-ayat POWER melayu ini.

Duhai hati, usah bersedih. Allah kan ada. Ya! Allah ada.
Baru kini ku sedari, ketika hati dirundung sedih dan pilu, hanya Allah tempat sandaran.

Ya Allah. "Hanya engkau aku sembah. Hanya engkau aku mohon pertolongan". Makna dalam surah Al-Fatihah itu ku ulang-ulang.
Ya Allah. "Hanya kepada engkau aku mengadukan kesusahan dan kesedihan ku" bicara Nabi Yaakub itu ku hayati dan ku hafaz untuk diulang-ulang dalam do'a harianku.

"Ya Allah. Aku rindukan hadirnya sahabat sejati." Baru kini ku sedari, apa makna "sahabat sejati". Hatiku yang bertambah pedih. Luka yang parah dan dalam. "Ya Allah, dimana dapat ku temui sahabat sejati ini ya Allah. Aku ingin sahabat yang setia bersama dalam susah dan senang. Sahabat yang walaupun jauh, tapi hati kami saling terikat dalam do'a. Sahabat yang mempu mengingatkan aku tentang ketuhanan, ketauhidan dan kecintaan pada mu...Sahabat yang ketika aku tergelincir, tanganku disambut agar bangkit segera. Sahabat yang ketika aku luka, lukaku dicuci dengan ubat berupa nasihat2....

Ya Allah, untungnya Nabi, punya sahabat sejati seperti Saidina Abu Bakar. Sampaikan baginda Nabi tidur pun, Saidina Abu Bakar yang sudah digigit binatang berbisa di gua Thur masih mempu menahan sakit kerana tidak mahu tidur baginda Nabi terganggu.

Ya Allah. Penting rupanya peranan seorang sahabat ini. Benarlah orang kata. "Kawan biar 1000, tapi sahabat sejati yang 1 memang sukar dicari". Benar. Benar.

Ya Allah...walaupun ku tidak temui sahabat sejati, janganlah engkau tinggalkan aku dalam dunia ini keseorangan tanpa bimbingan. Pimpinlah hati-hati kami agar sentiasa mengingatimu. Sentiasa membantu agamamu. Sentiasa berwaspada dengan godaan-godaan. Ya Allah. Bantu aku dalam mengejar matlamatku tahun baru ini. "Hanya ingin mencari redhamu, mengejar syurgamu, menjadi anak solehah untuk ibu dan ayah. Sucikan diriku dan bersihkan hati ku dari karat dan kotoran dosa ini. Hanya ampunan mu ku damba. Walau 1 dunia meninggalkan ku, cukup engkau pelindungku, pemeliharaku. Ya Allah, Wanita neraka yang dambakan syurga ini kembali pada mu. Terimalah daku kembali dengan mendapat ampunan dan redhamu. Astaghfirullah......

-End-

Note : Coretan ini fiksyen semata.



3 comments:

  1. *********************************************************************
    May Allah bless you writer..
    May HE show u the right way to find what u looking for..
    keep praying, keep waiting..be grateful
    "good things comes to those who wait" :)
    **********************************************************************
    good writing :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi menambah sel2 otak dgn membaca. :)

    ReplyDelete