Wednesday, December 14, 2011
Bertambah usia dan mereka semakin berusia..
" Selamat hari lahir yg ke- ... Semoga menjadi anak yang soleh dan matang dalam bertindak. Hadiah dari emak dan ayah" Wuwu.. Sangat-sangat sedih dan sangat-sangat bertambah-tambah membuak-buak perasaan sayang dan cinta pada orang tua ku.
Emak, ayah..saya sayang kamu berdua...
Kalau tiada kamu berdua, maka tiadalah juga saya didunia ini.
Maafkan anakanda mu andai sepanjang ... (dot dot dot) di dunia, telah banyak menyakiti kalian.
Acap kali pula tidak istiqomah menjalankan amanah Ilahi pada kalian.
SPEECHLESS !
Dalam hati, hanya tuhan yang maha mengetahui.
Sungguh! Lafaz yang tiada terungkap dan terpendam ternyata sangat indah dan lebih bererti.
------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki : Sepanjang ... (dot dot dot) di dunia, berapakah amal telah terlaksana dengan jayanya? hmmm...
Monday, December 12, 2011
Harapan yang subur kembali. Semoga semangatku pulih.
Muharram 1433 H membuka tirai hijrah yang baru, menutup jendela 1432 H yang lalu..
Semoga Allah mengabulkan do'a-do'a kalian yang baik-baik.
Semoga Allah melindungi kita dari kemaksiatan dan keburukan.
Ingatlah..
Walau betapa payahnya liku perjalanan, semoga kita tak berputus asa.
Kerana pada setiap derap langkah didunia, Allah sentiasa menemani hamba-hambanya.
Selangkah kepada DIA, berjuta pula langkahNYA pada kita.
Betapa Maha Penyayang tuhan yang sangat-sangat mengasihi kita, walau segunung dosa dilakukan, tetap dilimpahkan nikmat yang tidak dapat dihitung nilaiannya.
Kalaupun iman laksana buih-buih di lautan, semoga Allah tetap menetapkan kita agar sentiasa dalam IMAN dan ISLAM.
Iman dan Islam bukanlah suatu yg mudah dicari.
Laksana permata dibalik lumpur-lumpur yang perlu digilap agar indah terlihat sinar kilauannya.
Demikianlah Iman dan Islam.
Laksana si kudung dikurnia sepasang tangan, maka sedemikianlah rupanya kita perlu menjaga Iman dan Islam.
"Jangan pernah berputus asa dari rahmat ampunanNYA".
Dialah tuhan yang Maha Pengampun. Harapan padaMu subur kembali.
Mendayu merdu suara, mendalam makna tertusuk qolbi. Gugurlah airmata...
_______________________________________________________ P/S : After all, he is still my inspiration.

Subscribe to:
Posts (Atom)