Wednesday, March 10, 2010

2 persoalan | 1 jawapan ??

-Menyingkap kejadian Hawa yg dicipta utk Adam-

2 persoalan timbul dalam hati (Berkisar pengajaran dan pengalaman lalu)

1.  Apakah kaum Hawa juga tidak berhak meletakkan kriteria utk kaum Adam yg ingin dijadikan Imam dalam masjid yg ingin dibina..?? (kriteria seperti mahir mengaji, berakhlak dll)
2. Apakah hanya kaum Adam sahaja yg bisa meletakkan syarat utk suri yg ingin dipilhnya..?? (Sejuk mata memandang, sopan dan berakhlak)

Dahulu, aku memikirkan bahawa, wanita ini tidak pernah bisa dapat memilih calonnya sendiri, kerna kalau sudah ketemu juga tidak dapat berbuat apa2, kerana terpaksa menunggu realiti lelaki datang ke rumah dulu.

Tapi takdir Allah, rupanya wanita juga bisa membuat pilihannya sendiri. Jawapan yang ku temu adalah istikhoroh (memohon ditunjuki jalan2 kemudahan dan perlindungan dari yang tidak baik.  
My Quote : Bukannya petunjuk hadir siapa yg terbaik dalam mimpi, kerna masa mendatang tetap hak mutlak di tangan Allah yang tiada siapa manusia bakal tahu apa terjadi di masa mendatang)

Lalu, dua persoalan tadi..?? Hakikatnya semua ingin yang terbaik. Fitrah manusia yang Allah hadirkan dalam emosi dan perasaan untuk berkehendak pada yang terbaik. Adam dan Hawa sama-sama ingin yang terbaik. Pilihan yang terbaik Allah berikan untuk mereka2 yang terbaik. Yakin perlindunganNYA dalam istikhoroh yang dipohon. Bersangka baik pada takdir Qodo` dan Qodar yang diaturNYA sejak azali lagi. Satu jawapan yang mungkin menjawab dua persoalan.

Andai timbul isu; "Kenapa dia bukan milikku?? Tragisnya kisah pemilihan jodoh yang diatur keluarga" 
Lalu, hadirkan jawapan ini.

" Akan ada yg terbaik utk kamu. Dia lagi maha mengetahui dari kamu. Ketetapan jodoh itu, telah diaturNYA dengan maha bijaksana. Jangan mengeluh dan meyesal. pasti ada hikmah tersembunyi. Soal tragis atau tidak, pasti ianya ujian buatmu. Sabar dan kuat. Tabah dan senyum selalu. Berkorbanlah keranaNYA, kerana kasihNYA dan sayangnya DIA pada hamba2-NYA.. "

Apalah sangat, berkorban cinta manusia itu utk mengecap luasnya pengampunan DIA dan Cinta DIA untukmu. 


Cinta Manusia VS Cinta DIA = DIA lah tetap teragung!.. 

Sandaran harapan pada manusia bukan cara yang terbaik. Manusia juga diciptakan Allah, manusia yang lemah juga berharap pada DIA. Jadi, kenapa bersandar kasih pada manusia dan berdukacita sekiranya tidak memperolehnya. Itulah manusia, lupa dan mudah lupa hakikat asal penciptaan diri yang dari tanah dan akan kembali ke tanah juga. Realitinya, tahu dan sedar itu tetap berbeza.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita
Hakikatnya tanpa usaha, keajaiban tidak akan berlaku..

                             Utk Adam : Wanita dipilih dari 4 kriteria, RUPA,   
                                                HARTA, KETURUNAN, mahupun  
                                    AGAMA. Maka pilihlah AGAMANYA. (apakah 
                             benar agama pilihanmu??)



Wallahu 'alam...( 8:01 AM, meja studi- jendela Sunrise, USM )

Monday, March 8, 2010

Anxiety??...huh!

Lets starts..with 20-25 correspondents of USM students. We have done our survey and this is our result.


1) Time Management and its Relationship to Academic Performance
My quote : Skill of time management ni memang sangat penting. Tengok je hasilnya..

" من جدَّ وجد. من كسل فشل " 

Meaning that : Siapa usaha, dia berjaya. Siapa malas, dia gagal.
 
2) Extra-curricular activities improving the academic performance 
My quote : Carilah variasi untuk menyemarakkan semangat anda. Salah satu cara hilang pressure dengan enjoy yang memberi manfaat pada diri, minda dan tubuh. Kutip pengalaman hidup utk dikongsi dan dijadikan panduan generasimu. 

3) The Importance of Sleep For Health
My quote : Orang kata tidur perlu 5-7 jam. Saya kata, 5-7 jam belum tentu tidur berkualiti. Tidurlah walau tak cukup (hanya 2 jam), tp kualiti menyamai 5-7 jam . Cendekiawan Islam juga tak tidur lama, tapi mampu memberi sumbangan pada ummah. Kita??

4) The relationship between sleep and exercise.
My quote : Yang ni setuju sangat2. Kene exercise untuk lancar pengaliran darah dan biar oksigen sampai ke otak. Jadi, tak lah ngantuk je. Release tension juga.

"مثل العربي يقول: " العقل السليم في الجسم السليم

Meaning that : Perumpamaan arab mengatakan " Akal yg sejahtera dari badan yg sejahtera".
Jadi, jom riadah!..

5) Importance of Breakfast for Students
My quote : Selalu juga miss breakfast, tapi otak yang nk beroperasi butuh tenaga, dan tenaga dari makanan. Jadi, sarapanlah walau sebiji kurma / segelas susu. 

(Anxiety...huh!)
Kadang2 memang stress gler2..tp...pasti ada penyelesaian..Ubah rentak kamu. Kamu lah pencorak hidupmu..Turn back to HIM. Ask for His help. InsyaAllah...

____________________________________________________
Anxiety with dunnya?..Berkorban dan terkorban kerna akhirat?..relakah..apakah hujungnya langkahku tuhan..*mode muhasabah* (iman yg turun naik)hmm..


Thursday, March 4, 2010

Terjatuh!

Terkesima aku bila seorang teman menjawab persoalanku tentang jatuh dlm lubang. "Kalau da jatuh dalam lubang, cepat2lah keluar dari lubang. Takkan seronok kot nak duk dalam lubang. Kalau lubang kecik takpe, buatnye jatuh dlm parit yang dalam. kan dah luka.."
Aku nyambung, "Huu, lagi parah kalau luka2 kan..?". Temanku menjawab "Haa, susah ke? pergi je la klinik beli dettol ngan antiseptik, kasi luka sembuh, biar bakteria mati.."..

Begitulah dialog yang benar2 terakam dalam minda selepas aku 'blur' seketika..huu..Sangat dalam dan kias sungguh maksudnya.

Kita merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Dia maha Hebat mengatur setiap hidup hambanya. Kalau dalam perjalanan kita nak kembali padaNYA, kita sangkakan jalan kita lurus, tapi kita diuji lagi. Terjatuh kita dalam lubang. Luka dan cedera. tapi kita bangun balik, dan akhirnya terjatuh dalam lubang yang sama lagi kali kedua. Tapi luka yang dah parah harus dicari ubat segera agar tidak melarat. Maka, kita sendiri yang kena bergerak mencari ubat dan ubat pula hanya datang dariNYA. Thanks to Allah..

Jatuh lubang 2X hanya ingin menguji apakah benar kita nk kembali padaNYA....?? (jawab sendiri)..

Wednesday, March 3, 2010

Aku...dan langkahku...


Betapa sukar langkahku ayun
cuba melalui jalanNYA
namun kadangkala terjatuh
ku ayun langkahku semula
terjatuh lagi..
dalam lubang yg sama
Benci! Tak suka! Sedih! Kecewa!
dgn diri..yang tak sudah2 tak mengerti
JalanNYA cuma satu
tp lorong yang berliku-liku sentiasa menyukarkan..
Penat..
Ku cuba utk tidak hipokrit..pada pndgn manusia..
namun ku lupa..Hipokritku sering pada yang Maha Esa..

Tuhan..Hamba ini lemah..
Butuh kekuatanmu..biar hamba terjatuh berulang kali..
hamba redha, namun harapan xpernah putus2 utk kembali padaMU..
tangisanku, jangan kau siakan..
Air mata ini, hanya utk mu..
Biar terpadam dosa, terpadam api di sana dgn air mata ku.
Kuatkan langkahku..Agar aku tegar mengingatimu..
walau terlupa, peringatkan ku kembali..
agar setiap saat, aku sentiasa bermujahadah
menjadi Mujahidah di jalanmu..

__________________________________________________

(suara hati yang dah penat, kecewa, benci dan sedih dengan diri)

Saturday, February 13, 2010

Under Construction




This blog is still under construction due to conflict between me and myself_ _ _
Sorry to say this_ _ _
I'm on my way to find my happiness in HIS hand_ _ _
Pray for me_ _ _
and for my viewers.. KEEP STRUGGLING, MUJAHADAH with all YOUR STRENGTH with Dr. IMAN inside your tag of ISLAM.

Saturday, December 26, 2009

Recharge back your spirit !!!. Yoush!

PENCARIAN ILMU TIDAK AKAN SAMA SEKALI PERNAH TERPUTUS !!

sahabat2ku, walau sudah tamat pengajiannya..tapi selagi perjalanan hidup masih ada, teruskanlah mencari khazanah ilmu warisan akhirat itu.. FIGHT TILL THE LIMIT. Yoush!!.. (semoga azam semakin membara demiNYA) :)


Kuat2!!..semangat2!!.."Antara punca kegagalan adalah berfikir negatif sebelum berbuat apa2" (pesan sahabatku)..Jadi, bangkit! Berbekal dgn kekuatan yang dipohon dariNYA..InsyaAllah..kejayaan itu di genggaman, asal sudi juga menjadi hamba yang menyerah segala urusan kepadaNYA juga..

Dedication for us -




Jom Berusaha!. "Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka ubah sendiri nasib mereka.." Mudah2 azam yang kuat bukan peluntur semangat yang sedang kental dek fikiran2 negatif dan ragu2 bahawa kita mampu dan boleh menjadi profesional dalam tindakan dan amalan hamba. Moga Allah menolong umat ini dalam mencipta kejayaan demiNYA juga.. amin..

LAST word : Good Luck guys!!...

Wednesday, December 23, 2009

BUNGKUS, SOLUSI dan BADAN = istilah tawakkal.

Apa pun yang terjadi, BUNGKUS dan SERAH kepada Allah, AKAL memikir SOLUSI dan BADAN BERIKHTIAR. Inilah istilah tawakkal 'alallah / tawakkal kepada Allah. Moga kita menjadi hambaNYA yg berserah dalam segala hal apapun.. :)


Assalamu'alaikum w.b.t
Setelah sekian lama tidak mengupdate tinta, inilah cetusan semangat yg terukir.
( setelah diri dilanda masalah-masalah kerna hidup ini tak akan indah tanpa masalah juga ).
Alhamdulillah, diri akhirnya mengerti istilah tawakkal kepada Allah.
Seperti didefinasikan di atas.

Maka, apapun hal yang terjadi, kita serahkanlah kepada Allah. Bukan serah bulat2. Bukan istilah tawakkal itu dengan menyerah, tapi perlu kepada ikhtiar dan usaha.

BUNGKUS dan SERAH kepada Allah??
Apakah maksudnya itu??

Nah, ini jawapannya...BUNGKUS itu lebih sinonim dengan packing siap2 dan cepat2 untuk kita serah dan mengadu segala hal kita kepadaNYA. Lebih cepat kita packing lebih banyak bukti kita sebagai hamba yang berserah dan Allah lebih suka pula hamba yang ingat padaNYA setiap masa dan saat. Pokok pangkalnya, pengaduan yang paling utama hanyalah kepada DIA, kerna DIA sahajalah pencipta diri kita yang lebih mengetahui perihal inci setiap baik, buruk, lemah dan kuatnya kita. Bukan bermakna kita tidak boleh mengadu kepada mak atau ayah atau sesiapa yang kita percaya, tapi mereka itu juga dicipta oleh ALLAH.., lalu mengadulah padaNYA dahulu sebagai tanda kita mengaku kita hambaNYA yg tidak upaya apa2 pun.

AKAL memikir SOLUSI??
Apakah maksudnya itu??

Nah, ini jawapannya...Setelah pengaduan yang utama kepada Allah kita laksanakan, boleh diadu masalah kepada mereka yang terdekat. Inilah yang disebut musyawarah bersama untuk dicari solusinya, lalu akallah yang menjadi ketua untuk solusi itu dan bukan nafsu yang mengendalikan akal mencari solusi itu.

BADAN BERIKHTIAR??
Apakah maksudnya itu??

Nah, ini jawapannya...bila solusi sudah ditemui, maka bergeraklah tubuh utk melaksanakan apa yang telah disimpulkan ketika mencari solusi.

Sakit?? = BUNGKUS dan SERAH kepada Allah !!

Kalau sakit, itu ujian dariNYA. Maka fikir ubatnya, berubat dan berdo'a lalu serahlah keputusan penyembuhan itu kepada Allah Azzawajall.

Marah?? = BUNGKUS dan SERAH kepada Allah !!

Kalau marah, itu ujian dariNYA. Maka ambillah wuduk atau beralih dari kedudukan kamu ketika marah, serahkan pada Allah, ngadu padaNYA dan berdo'alah mohon perlindunganNYA. Kerna marah itu api yang bisa dipadamkan dengan air wudukmu.
Pada hadith lain disebutkan : "Kemarahan itu termasuk bara api neraka."
Confusius berkata : "Orang yang marah akan selalu memenuhi dirinya dengan racun."

Rindu dan sayang pada seseorang?? = BUNGKUS dan SERAH kepada Allah !!

Rindu dan sayang itu namanya kelihatan indah tapi waspadalah, itu juga ujian dariNYA.
Rindu mak ayah, sayang mak ayah..semuanya ujian Allah. Lalu??..serahlah kerinduan kamu itu hanya kepada Allah dan berdo'alah kepada Allah, mudah2an Allah merahmati dan melimpahkan kasihNYA dan perlindunganNYA buat org2 yang kita sayang.

Nah...Itulah tugas hamba. Bersiap sedia utk menyerah segalanya kepada Allah. Apa yang perlu diingat..semua yang kita ada, semua hanya pinjaman semata hatta apa jua perasaan yang kita rasa ( Bahagia, gembira, rindu, sayang, cinta, benci, marah, sedih etc..) Semuanya milik Allah. Dari yang sebesar2 perkara hingga sekecil2 hal.
TAK ADA SATU PUN MILIK KITA.

Jadi, bila ditimpa atau dilanda sesuatu, apa perlu dibuat???

Apa pun yang terjadi, BUNGKUS dan SERAH kepada Allah,
AKAL memikir SOLUSI
dan BADAN BERIKHTIAR.

Inilah istilah tawakkal 'alallah / tawakkal kepada Allah.
Moga kita menjadi hambaNYA yg berserah dalam segala hal apapun.. :)


Dari buku La tahzan : " Kebanyakan faktor yang dapat membantu membebaskan diri dari rasa gundah dan cemas ialah beriman kepada Allah s.w.t dan menyerahkan semua urusan kepadaNYA."

وَأًفَوِّضُ أمري الى الله
Ertinya : "...dan aku serahkan semua urusanku kepada Allah s.w.t.."
(Al-Mukmin : 44)