Wednesday, March 10, 2010

2 persoalan | 1 jawapan ??

-Menyingkap kejadian Hawa yg dicipta utk Adam-

2 persoalan timbul dalam hati (Berkisar pengajaran dan pengalaman lalu)

1.  Apakah kaum Hawa juga tidak berhak meletakkan kriteria utk kaum Adam yg ingin dijadikan Imam dalam masjid yg ingin dibina..?? (kriteria seperti mahir mengaji, berakhlak dll)
2. Apakah hanya kaum Adam sahaja yg bisa meletakkan syarat utk suri yg ingin dipilhnya..?? (Sejuk mata memandang, sopan dan berakhlak)

Dahulu, aku memikirkan bahawa, wanita ini tidak pernah bisa dapat memilih calonnya sendiri, kerna kalau sudah ketemu juga tidak dapat berbuat apa2, kerana terpaksa menunggu realiti lelaki datang ke rumah dulu.

Tapi takdir Allah, rupanya wanita juga bisa membuat pilihannya sendiri. Jawapan yang ku temu adalah istikhoroh (memohon ditunjuki jalan2 kemudahan dan perlindungan dari yang tidak baik.  
My Quote : Bukannya petunjuk hadir siapa yg terbaik dalam mimpi, kerna masa mendatang tetap hak mutlak di tangan Allah yang tiada siapa manusia bakal tahu apa terjadi di masa mendatang)

Lalu, dua persoalan tadi..?? Hakikatnya semua ingin yang terbaik. Fitrah manusia yang Allah hadirkan dalam emosi dan perasaan untuk berkehendak pada yang terbaik. Adam dan Hawa sama-sama ingin yang terbaik. Pilihan yang terbaik Allah berikan untuk mereka2 yang terbaik. Yakin perlindunganNYA dalam istikhoroh yang dipohon. Bersangka baik pada takdir Qodo` dan Qodar yang diaturNYA sejak azali lagi. Satu jawapan yang mungkin menjawab dua persoalan.

Andai timbul isu; "Kenapa dia bukan milikku?? Tragisnya kisah pemilihan jodoh yang diatur keluarga" 
Lalu, hadirkan jawapan ini.

" Akan ada yg terbaik utk kamu. Dia lagi maha mengetahui dari kamu. Ketetapan jodoh itu, telah diaturNYA dengan maha bijaksana. Jangan mengeluh dan meyesal. pasti ada hikmah tersembunyi. Soal tragis atau tidak, pasti ianya ujian buatmu. Sabar dan kuat. Tabah dan senyum selalu. Berkorbanlah keranaNYA, kerana kasihNYA dan sayangnya DIA pada hamba2-NYA.. "

Apalah sangat, berkorban cinta manusia itu utk mengecap luasnya pengampunan DIA dan Cinta DIA untukmu. 


Cinta Manusia VS Cinta DIA = DIA lah tetap teragung!.. 

Sandaran harapan pada manusia bukan cara yang terbaik. Manusia juga diciptakan Allah, manusia yang lemah juga berharap pada DIA. Jadi, kenapa bersandar kasih pada manusia dan berdukacita sekiranya tidak memperolehnya. Itulah manusia, lupa dan mudah lupa hakikat asal penciptaan diri yang dari tanah dan akan kembali ke tanah juga. Realitinya, tahu dan sedar itu tetap berbeza.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita
Hakikatnya tanpa usaha, keajaiban tidak akan berlaku..

                             Utk Adam : Wanita dipilih dari 4 kriteria, RUPA,   
                                                HARTA, KETURUNAN, mahupun  
                                    AGAMA. Maka pilihlah AGAMANYA. (apakah 
                             benar agama pilihanmu??)



Wallahu 'alam...( 8:01 AM, meja studi- jendela Sunrise, USM )

No comments:

Post a Comment