Friday, January 3, 2014

Wanita Neraka yang rindukan Syurga Ilahi (Episode 1)

Bismillahhirrahmanirrahim...


Bicara hati membuka tirai 2014.

"2013 menyimpan berjuta kenangan. Segunung dosa. Banyaknya ya Allah. Iman senipis kulit bawang". Monolog hatiku. Sayu, pilu, sedih, terkilan. Semuanya ada. Yang manis itu racun. Yang pahit itu ubat. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Yang terjadi sudah pun terjadi.

Nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Eh, banyak pula ayat-ayat POWER melayu ini.

Duhai hati, usah bersedih. Allah kan ada. Ya! Allah ada.
Baru kini ku sedari, ketika hati dirundung sedih dan pilu, hanya Allah tempat sandaran.

Ya Allah. "Hanya engkau aku sembah. Hanya engkau aku mohon pertolongan". Makna dalam surah Al-Fatihah itu ku ulang-ulang.
Ya Allah. "Hanya kepada engkau aku mengadukan kesusahan dan kesedihan ku" bicara Nabi Yaakub itu ku hayati dan ku hafaz untuk diulang-ulang dalam do'a harianku.

"Ya Allah. Aku rindukan hadirnya sahabat sejati." Baru kini ku sedari, apa makna "sahabat sejati". Hatiku yang bertambah pedih. Luka yang parah dan dalam. "Ya Allah, dimana dapat ku temui sahabat sejati ini ya Allah. Aku ingin sahabat yang setia bersama dalam susah dan senang. Sahabat yang walaupun jauh, tapi hati kami saling terikat dalam do'a. Sahabat yang mempu mengingatkan aku tentang ketuhanan, ketauhidan dan kecintaan pada mu...Sahabat yang ketika aku tergelincir, tanganku disambut agar bangkit segera. Sahabat yang ketika aku luka, lukaku dicuci dengan ubat berupa nasihat2....

Ya Allah, untungnya Nabi, punya sahabat sejati seperti Saidina Abu Bakar. Sampaikan baginda Nabi tidur pun, Saidina Abu Bakar yang sudah digigit binatang berbisa di gua Thur masih mempu menahan sakit kerana tidak mahu tidur baginda Nabi terganggu.

Ya Allah. Penting rupanya peranan seorang sahabat ini. Benarlah orang kata. "Kawan biar 1000, tapi sahabat sejati yang 1 memang sukar dicari". Benar. Benar.

Ya Allah...walaupun ku tidak temui sahabat sejati, janganlah engkau tinggalkan aku dalam dunia ini keseorangan tanpa bimbingan. Pimpinlah hati-hati kami agar sentiasa mengingatimu. Sentiasa membantu agamamu. Sentiasa berwaspada dengan godaan-godaan. Ya Allah. Bantu aku dalam mengejar matlamatku tahun baru ini. "Hanya ingin mencari redhamu, mengejar syurgamu, menjadi anak solehah untuk ibu dan ayah. Sucikan diriku dan bersihkan hati ku dari karat dan kotoran dosa ini. Hanya ampunan mu ku damba. Walau 1 dunia meninggalkan ku, cukup engkau pelindungku, pemeliharaku. Ya Allah, Wanita neraka yang dambakan syurga ini kembali pada mu. Terimalah daku kembali dengan mendapat ampunan dan redhamu. Astaghfirullah......

-End-

Note : Coretan ini fiksyen semata.



Wednesday, November 7, 2012

***Warm up mode***

Bismillah. Lafaz yang mulia ku mulia. Dalam tahun 2012, baru ini kali ke-2 pena ku dalam tinta maya. Oh, padatnya urusan. Cepatnya waktu. Pejam celik pejam sudah hujung tahun.

Kejap! Bukan ini tujuan ku menulis.
Singgah ku yang sebentar hanya untuk mengutarakan dan mengumpul soalan kehidupan yang kadangkala muncul di minda dan tiada berjawab.

Tiba-tiba.....

Kosong. Soalan hilang.












Tuesday, January 10, 2012

Tahun Baru. Azam Baru



Countdown..countdown...5,4,3,2,1....WELCOME 2012!! Horreeyyyy~~~
Jerit anak muda-mudi di dataran.
Pesta riang ria bermula. Lupa dah pada batas-batas yang membenteng iman.

Buuummm...Bummmm...Bunyi mercun sana sini.
Tapi semakin kuat bunyi, semakin pula aku resah.
"Diaaammm!..Berhenti! Berhenti!" Jerit batin hatiku.
Seraya itu imaginasi tertumpu ke bumi yang masih bergolak; PALESTIN...

"Orang lain suka-suka dengar bunyi mercun bunga api. Depa tak tahu ke, bunyi-bunyi ni lah yang hari-hari penduduk PALESTIN dengar. Depa sedih dengar bunyi ni, tapi kita pula dok happy pulak. Huh! "
Rungutku sendirian.

Sehari, dua hari berlalu meninggalkan 2011.
Rasa penat dan lelah pula mendengar saja tahun 2012.
Usia yang semakin menginjak tua seiring dunia yang semakin berusia.
Terasa benar, apakah  telah aku lalui 2011 itu dengan bermanfaat tempohnya?

Sedih.
Malang. Ku rasa aku hamba yang kotor dan hina.
Jelek sungguh bila memikir segunung dosa yang terkumpul.
Rapuh sungguh bila iman laksana buih di lautan.

"Ya Allah, tiada daya dan kekuatan ku melainkan kau tuangkan aku ketabahan dan kekuatan menjalani hari-hari mendatang sebagai hamba yang bertaqwa, wanita yang terpelihara." Amiin. Dalam diam, ku mengumpul semangat azam baru tahun 2012. InsyaAllah. Semoga istiqomah.

Aku tak akan jatuh dalam lubang yang sama! Benci betul dengan si penggoda yang suka buat aku jatuh tuh. Siapa lagi kalau bukan dialah! Syaitan yang direjam! Na'uzubillah. Ya Allah, lindungilah aku dan ahli keluargaku agar tetap iman kami, lurus penumpuan kami dalam solat dan ibadah kepadamu. Amin.

مَن كان يَومُهُ  خَيْرًا مِنْ امْسِهِ , فهُو رابِحٌ
مَن كان يَومُهُ ساوِيً مِنْ امْسِهِ , فهُو مَغْبُونٌ
وَمَن كان يَومُهُ  شَرًّا مِنْ امْسِهِ , فهُو مَلْعُونٌ

Siapa yang hari ini LAGI BAIK DARI SEMALAM, maka dia BERUNTUNG.
Siapa yang hari ini SAMA JE SEPERTI SEMALAM, maka dia telah TERPEDAYA.
Dan siapa yang hari ini LAGI JELEK DARI SEMALAM, maka dia TELAH DILAKNAT.

(Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Semoga kita dipermudah urusan, istiqomah dalam merealisasikan Azam baru untuk lebih mencintaiNYA.
"Siapa CINTA aku, dia akan selalu berusaha mendekatkan diri padaku.~"

Pesanan penulis : "Apakah azam baru anda tahun ini???"



Wednesday, December 14, 2011

Bertambah usia dan mereka semakin berusia..


" Selamat hari lahir yg ke- ... Semoga menjadi anak yang soleh dan matang dalam bertindak. Hadiah dari emak dan ayahWuwu.. Sangat-sangat sedih dan sangat-sangat bertambah-tambah membuak-buak perasaan sayang dan cinta pada orang tua ku.


Emak, ayah..saya sayang kamu berdua...
Kalau tiada kamu berdua, maka tiadalah juga saya didunia ini.
Maafkan anakanda mu andai sepanjang ... (dot dot dot) di dunia, telah banyak menyakiti kalian.
Acap kali pula tidak istiqomah menjalankan amanah Ilahi pada kalian.

SPEECHLESS !
Dalam hati, hanya tuhan yang maha mengetahui.
Sungguh! Lafaz yang tiada terungkap dan terpendam ternyata sangat indah dan lebih bererti.








------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki : Sepanjang ... (dot dot dot) di dunia, berapakah amal telah terlaksana dengan jayanya? hmmm...

Monday, December 12, 2011

Harapan yang subur kembali. Semoga semangatku pulih.

Muharram 1433 H membuka tirai hijrah yang baru, menutup jendela 1432 H yang lalu..
Semoga Allah mengabulkan do'a-do'a kalian yang baik-baik.
Semoga Allah melindungi kita dari kemaksiatan dan keburukan.

Ingatlah..
Walau betapa payahnya liku perjalanan, semoga kita tak berputus asa.
Kerana pada setiap derap langkah didunia, Allah sentiasa menemani hamba-hambanya.
Selangkah kepada DIA, berjuta pula langkahNYA pada kita.
Betapa Maha Penyayang tuhan yang sangat-sangat mengasihi kita, walau segunung dosa dilakukan, tetap dilimpahkan nikmat yang tidak dapat dihitung nilaiannya.
Kalaupun iman laksana buih-buih di lautan, semoga Allah tetap menetapkan kita agar sentiasa dalam IMAN dan ISLAM.

Iman dan Islam bukanlah suatu yg mudah dicari.
Laksana permata dibalik lumpur-lumpur yang perlu digilap agar indah terlihat sinar kilauannya.
Demikianlah Iman dan Islam.
Laksana si kudung dikurnia sepasang tangan, maka sedemikianlah rupanya kita perlu menjaga Iman dan Islam.

"Jangan pernah berputus asa dari rahmat ampunanNYA".
Dialah tuhan yang Maha Pengampun. Harapan padaMu subur kembali.
Mendayu merdu suara, mendalam makna tertusuk qolbi. Gugurlah airmata...


_______________________________________________________  P/S : After all, he is still my inspiration.

Friday, September 30, 2011

Rintihan Cinta. Indahnya malam bersamamu.

Mata yang terpejam, tiba-tiba terbuka celik.
Jam di handphone Sony Ericson K510i di tangan. "Ohh..pukul 1:08 am, semua dah tidur ni", monologku sendirian.
Bangkit ku untuk mengambil wudu' dan tidur semula.
Teringat pesan ibu dan ayah. "Wudu' sebelum tidur dan baring pembaringannya ke kanan."
Tak pernah ku lupa pada wasiat mereka.
Nyamuk banyak malam ni. Selesai membunuh semua nyamuk dengan kuasa Ridsect, niatku hanya satu, tidur semula."Nanti bangun lagi la lagi" niat hatiku.

Malam terlalu hening, sunyi dan damai. Tapi semua itu tak mampu menenangkan hatiku.

C.I.N.T.A. M.A.N.U.S.I.A sangat penat...zaman silam seakan-akan melambai-lambai. Sengaja memangggil-manggil ingatanku agar ingat kepada takdir yang telah berlaku. Aku redha.

Aku teringat sahabatku. Pening, resah gelisah hatiku

Seperti terkena electric shock lagakku, bingkas bangun wahai diri yang sedang hanyut dengan leka! Astaghfirullah...Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Solat dan Qur'an tetap dua benda yang sering jadi ubat untuk tenang kan hati.
Rintihan cintaku.

"Tuhan, andai ini namanya cinta, andai kau izinkan ku jatuh cinta lagi, jatuh cintakan aku pada manusia yang mengajakku bercinta denganMu.
Tuhan, jangan pula cinta yang hadir membuat aku lupa, alpa, lalai dan leka mengingatimu.
Tuhan, jangan pula cinta yang hadir ini lebih ingin aku gapai dari cinta agungmu yang hakiki.
Tuhan, pelihara apa yang kau hadirkan dalam hatiku.
Tuhan, aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Hanya engkau aku mengadu dan berserah diri, kerana kau cinta agungku.
Tuhan, engkaulah yang lebih ingin aku cintai dari segala apapun di dunia ini.
Tuhan, jangan lah kiranya urusan akhirat dan cinta pada mu dibutakan oleh  urusan dunia yang melalaikan.
Tuhan, apalah ertinya cinta yang membuat aku leka mengingatimu. Astaghfirullah."

Banyak nya dugaan ku untuk hijrah kembali pada mu.
Ampunkan dosaku dan hadirkan ketenangan di kala ini.

Speechless. Terlalu banyak ingin ku ngadu. Aku tak ingin dilekakan sama sekali dengan dunia. Banyak lagi benda lebih penting patut ku ingati. Amal ku selama hidupku, bekalan ku ke sana lebih wajar aku khuatiri dari semua benda ngarut-ngarut ini. Astaghfirullah. Menangis. Hatiku terus-terusan mengadu. Semakin ku ngadu, semakin ku menangis, semakin pula damai itu hadir.
Indahnya malam ni. Aku bersyukur dikejutkan tatkala semua sedang lena.




Memang dalam hijrah yang baru, pasti akan ada yang menganggu. Itulah ujian dan dugaan dari tuhan. Menduga kita apakah benar kita sedang berhijrah dengan hijrah yang sebenar-benar.

Sunday, September 25, 2011

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim, aku berhijrah~

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim.
Aku melangkah....
Pintu silam tertutup. Entah kali ke berapa pintu ini tertutup dan terbuka dan tertutup semula.
Terbentang di hadapanku kini pintu harapan dan keampunan.
Entah kali ke berapa pintu ini tertutup dan terbuka dan tertutup semula.
Aku diam. Tangis ku hening. Jiwa yang telah kotor dicalari dengan noda-noda kehidupan.
Aku menangis lagi. Bagai makin deras air mata ini mengalir.
Sekejap itu juga lah, terbayang-bayang dosa-dosaku selama 23 tahun aku duduk dan tinggal diam-dian dan leka-leka di bumi Allah.
"Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah...Ya Allah..bantuku dalam mententeramkan jiwaku ini ya tuhan. Kenapakah hati ini sangat gersang dan kosong, kering kontang ku rasa..Astaghfirullah..Astaghfirullah..", jerit batinku yang semakin tenat.

Dimana doktor ketika ini?
Aku sangat perlu kepada seorang doktor.
Line 999 terus buzy melayan urusan-urusan zahir manusia. Sedang talian apakah untuk batin yang sedang derita??..
"Arggggghhh!!..Rimas!.." Terus ku menangis.

Tiba-tiba Opick datang menyapa. Sayup-sayup suara itu mendamaikan seluruh pancainderaku.

Tombo ati, iku limo perkarane~Kaping pisan, moco Qur'an lan maknane~
Kaping pindo, sholat wengi lakonono~
Kaping telu, wong kang sholeh kumpulono~
Kaping papat, kudu weteng ingkang luwe~
Kaping limo, dzikir wengi ingkang suwe~
Salah sawijine sopo biso ngelakoni, mogi-mogi gusti Allah nyembadani~


Obat hati, ada lima perkaranya, yang pertama baca Qur'an dan maknanya..
Yang kedua solat malam dirikanlah..
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh..
Yang keempat perbanyaklah berpuasa..
Yang kelima dzikir malam berpanjanglah..
Salah satunya siapa bisa menjalani, moga-moga Allah ta'ala mencukupi..

Saat habis lagu itu kedengaran, automatik minda merakam satu satu bait-bait lirik ubat hati.
Aku repeat dalam kepala.

Ubat hati 5 perkara :

1) Baca Qur'an + makna. "ermm.."
2) Solat malam. "Tahjud la tuh and etc2."
3) Berkumpul dengan orang soleh. "Ahh..dengar ceramah, hadir komuniti Islam la ni." Senyum.
4) Banyakkan puasa. "Ohh.." Angguk-angguk.
5) Zikir malam banyak-banyak."Ok!"

Monologku dalam hati sendirian. Senyum lagi. InsyaAllah!
Aku teringat pesan ibu dan ayah.
"Dalam dunia ni, tak ada satu pun yang akan terjadi kalau bukan Allah yang izinkan. Kalau kita nak buat dosa, buat dosa jugalah kita sebab Allah izinkan. Kalau kita nak buat amal, tak kan kita dapat buat amal tu kalau bukan Allah yang izinkan. Hidup kita, mati kita dalam iman atau kufur, semua tak kan berlaku tanpa izin Allah. Kembali kita kepada Allah dengan bertaubat juga tak akan jadi kalau bukan Allah izinkan. Pokoknya, Allah izin, baru kita dapat berhasil buat sesuatu buruk atau baik."

Erm, maknanya aku tiba-tiba nangis dan sayu dan rasa ingin ketenangan dan Allah ilhamkan Opick juga dengan izin Allah. Allah memberi peluang untukku lagi la ni. Astaghfirullah. Maha pengampunnya tuhanku. Maha lembutnya tuhan ku. Maha pemurah pengasih dan penyayangnya tuhanku. Padahal aku ini sangat berdosa sekali menjadi hambanya yang jarang-jarang dan tak konsisten mengingatinya. Astaghfirullah..

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim. Aku berhijrah keranamu.
Semoga hijrah ku sentiasa kau temani.

Bismillah Ya Rahman Ya Rahim. Aku melangkah keranamu.
Semoga kau lindungi langkahku ya tuhan.
Amin.